.

Monday, September 26, 2011

Dia bukan super woman...

Datuk Siti teruja bikin album Inggerisnya.
Hari ni dari pg kelam-kabut dgn asimen. Ptg pulak kena cover event Datuk Siti Nurhaliza-Pelancaran album Inggeris-All Your Love. Sgt penat, tambah penat bila kena buat dua kerja ptg ni...writer + tukang amik gambar. Nak pulak ambik gambar diva, x senang kerja tu...sakit badan kena tolak sana sini, kiri-kanan...atas bawah dok jerit Siti...Datuk Siti...T...CT...mcm2 bunyik!

Hari ni bukan saja beliau melancar album, malah buat persembahan depan rakan media dan peminat2nyer. Diselangi penyanyi2 jemputan seperti Shila Hamzah dan Azlan & The Typewiter.

Cuma sebutan Bahasa Inggeris Tok Ti masih banyak perlu diperbaiki lg. Apa pun, usaha beraninya ini harus diberi pujian. Dia, bukanlah super woman...so kira ok lah!
Komen aku mengenai album Datuk CT? Biasa saja. Tiada yg istimewa, tp mungkin kepada yg nk sgt dgr CT nyanyi lagu Inggeris bolehlah beli album ni. Seperti kata CT, bukan berniat nk menunjuk2 yg dia boleh menyanyi lagu Inggeris, cuma mahu mencabar kemampuan diri sendiri. Mahu lakukan perubahan dan cuba sesuatu yg baru dlm kerjaya seninya.

Secara peribadi, aku lebih suka Tok Ti nyanyi lagu2 Melayu. Suaranya yg lemak merdu sgt sesuai dgn lagu Melayu.
Malah, anak jati Kuala Lipis, Pahang ni menyifatkan kelahiran album ini sgt istimewa buat dirinya. Katanya pada majlis pelancaran albumnya itu, "Selama ini sudah pelbagai jenis lagu di dalam bahasa Melayu yang sudah saya nyanyikan. Kali ini, saya telah mencabar diri untuk muncul dengan album Inggeris.Lagipun selama ini ramai yang bertanya bila saya mahu buat album Inggeris. Sebenarnya, memang sudah lama saya berniat melakukannya, tapi baru sekarang dapat direalisasikan."

Antara lagu yang terkandung dalam album ini seperti All Your Love, Nobody Else, Tonight, All Over Again, I'll Wait Forever, Falling In Love, I Cry Out, Fight For Love dan Stand Up.


No comments: