.

Monday, September 12, 2011

Tensi + masak time = jiwa kacau!

Udang Tempoyak Berserai
Apa yg korang buat bila sedih? Menyanyi? Tgk movie? Ke pantai? Tido? Dgr radio? Tulis puisi? Or what? Hmmm...aku? kalau x dpt ke pulau atau ke pandai, membingarkan jiwa kalut...aku pilih memasak! Masak? Hello, sesi membesarkan badan lg ke? Tak jugak, diet bagai pun org dok kata aku gemuks gak!!!

Ye, memasak pilihan kedua paling tepat utk aku. Kadang masakan tu menjadi dan sgt lah lazatnya sampai menjilat 10 jari. Ada masa, layak campak kat tong sampah jek!

Sebenarnya aku buat mcm2 versi bila tgh kemaruk tensi, aku x leh dok diam nanti aku mengamuk sakan. Aku tak suka bila kepala semak, nanti cepat migraine. Bila migraine dtg, susah nk dihalau balik ke tempat asalnya dan aku akan dpt masalah lebih besar iaitu x mampu bekerja dgn sebaik2nya...lebih teruk lg aku akan layan MC hahahaha!

Knp aku tensi? Byk mcm hal. Kadang benda x berkait dgn hidup aku pun boleh mendatangkan tensi. Cth, org x nk tegur or bercakap dgn aku tanpa sebab. Tetiba je ada sesi, dia buat hal dia dan aku buat hal aku...oh dan aku baru perasan keadaan tu selepas beberapa hari berlaku.Lepas gigih berfikir aku masih belum dpt jawapan logik. Dan aku kena gigih pk dn pk lg...oh satu keadaan yg aku paling pantang nk hadap.

Aku jgk boleh tensi bila org x buat kerja dgn baik. Lebih kurang mcm melepaskan batuk ditangga, nk pulak kalau benda tu aku tahu boleh dibuat lebih baik. Jgn sampai aku yg buat sendiri benda tu, alamatnya padah lah org tu.

Ah, hidup ni ada mcm2 masalah yg boleh bikin siapa pun tensi. Org kata masalah jgn difikir sgt, buat x tau sudah. Hello, ada masalah yg boleh buat tak tahu...tp ada yg x boleh. Hmmm...masing2 punya pendapatlah. Bagi aku simple, hidup jgn bagi masalah pd org lain. Sesusah mana pun hidup aku, seboleh mungkin aku tak mahu susahkan org. Bukan bermaksud aku ego, tp x mahu jd manusia manja. But, if aku x jumpa jalan keluar barulah aku mintak tolong org.

Udang berlumur tempoyak dan cili dlm kuali ;-)
Tetiba rasa mcm malas nk mengarang, so korang layan la gambar yg aku masa time tgh melayan tensi. Kali ni aku masak udang tempoyak versi menjadi dan sedap, tahap kepedasannya pun boleh buat telinga berdesing, Mahu cuba? Bila2 aku free, aku tempek resipinya yg sangat mudah ok. Bye

No comments: