.

Thursday, December 8, 2011

Manisnya Abby Abadi...


Abby Abadi makin cantik sejak menggunakan Iffa Gold. Berseri-seri.
Sambutan hari jadi Abby yg ke? Lupa nk tanya la...;-0
Turut diumumkan pemenang bertuah.Tahniah le..
...jd wartawan kena bersedia bekerja pada bila2 masa, itu yg diajar sejak aku mula menyertai bidang ini (kewartamanan). So, bila dah berbelas tahun buat perkara sama dah jd biasa. Kata org, dah x jadi hal. Cuma ada time2 tu sengal gak rasanya, org semua cuti awak kena bekerja.

...hari ni aku ada asimen di Mydin USJ-Pelancaran produk terbaru Syahirah-Rangkaian antipenuaan Iffah Gold & Platinum. Alah, yg dok terpampang muka sweet Abby Abadi kat iklan2 tu ler. Nasib baik eventnya jam 2.30pm, x de la gaduh sgt nk kejar time.

...lepas kemas rumah, basuh baju dan siap apa yg patut aku bergegas ke stesen LRT Taman Melati. Member aku juga writer Anjung Seri pun kena cover event sama, so ada le kawan ke Mydin tu.Aku sebenarnya bukan la nk bercerita pasal berita pelancaran tu (...tapi kalau korang nk baca gak boleh tgk petikan berita kat bawah ni, malas nk karang story lah...td kat opis dah 12 jam proses mcm2 bahan...otak dah penat der).

...apa yg aku nk cerita ni adalah perjalanan nk ke tempat event tu. Aku ni kalau bab berjalan melainkan kalau ada kerja sampai la aku ke tempat tu, kalau x mmg harapan tinggal kenangan je la. Malas aku nk merayap x tentu hala, baik dok umah rehat...baking...or layan Internet jek!

...dek kerana x biasa dgn jalan ke USJ, sesat barat jugak la dikerjakannya. Tp nasib baik co-pilot aku si Ira tu tahu serba sikit pasal jalan nk ke sana. Sampai sana, parking pulak sendat. Ye la buat Sabtu kot, org keluarg shopping kan! Apa pun, merunggut x guna. Kerja tetap kena kerja. Suka x suka layan je la. Sampai kat Mydin, acara belum pun mula. Dok tgh2 alam tunggu Abby sampai.

...dekat 40 minit gak la menunggu aktress hot tu, akhirnya muncul dgn senyuman mesranya. Abby yg aku kenali mmg begitu, mudah mesra walaupun kengkadang boleh jd cepat moody. Biasalah, masing2 ada perangaikan. Tinggal lg pandai kontrol dgn x je. Aku pun selalu je hilang kawalan...kalau ada yg nk paham depa buat dek je la. Mana yg sengal2 ubi n nk gak layan emo, ke laut la jd nyer.

...event pentang tu simple je, lepas pelancaran ada sambutan hari jdi Abby. Ke main lain sengih dia. Dalam pada tu, aku perasan badannya mcm susut sikit. Penat kerja dan urusankan anak2 agaknya, maklumlah ibu tunggal. Apa pun aku doakan Abby tabal hadapi dugaan hidup dan semoga dia bertemu lelaki yg benar2 ikhlas mahu membahagikan serta membimbingnya dunia akhirat. Dah jom baca berita pulak ;-)


Sumber berita: Harian Maetro
Perlahan penyusutan kolagen
FAKTOR alam sekitar, gaya hidup dan tekanan antara punca kulit melalui proses penuaan dengan cepat. Tanpa disedari garis kedutan serta bintik hitam muncul di sekitar wajah. Apabila ini berlaku wanita mulai resah dan mula mencari produk antipenuaan bagi menghilangkan kesan pada wajah.

Namun, tidak semua produk digunakan sesuai serta memenuhi kehendak kulit. Ada yang kurang berkesan malah menimbulkan masalah lain yang tidak dijangka.

Menyedari kehendak wanita yang inginkan kulit sihat sempurna Syahirah memperkenalkan produk antipenuaan Iffah Gold & Platinum dengan kombinasi emas 24K dan platinum dihasilkan untuk mengembalikan keremajaan, cerah serta halus dirumus khas bagi menentang penuaan atau menganjalkan kulit wajah.

Ia juga dapat membantu memperlahankan penyusutan kolagen bagi mencegah kulit daripada terus mengendur, merangsang pertumbuhan sel lapisan dasar kulit untuk memastikan pertumbuhan semula sel kulit remaja dan cantik dapat dimiliki.

Menggabungkan elemen peptida dan ekstrak uncaria gambir, ia menjadi agenantioksida dan penuaan bagi meningkatkan pengeluaran kolagen agar kulit lebih anjal.

Selain itu, jenama ini turut menghasilkan serum mengambil ekstrak bengkuang yang mengandungi vitamin C dan E serta bio mineral diperlukan kulit.

Penggunaannya dalam menghasilkan serum bertujuan membantu mencerah, menghidrat dan membendung kelembapan kulit sekali gus mencegah masalah kekeringan.

Rangkaian antipenuaan Iffah Gold & Platinum itu turut memberi peluang kepada pelakon terkenal, Abby Abadi berkongsi pengalaman menggunakannya. Pada majlis pelancaran produk terbaru jenama ini di Mydin Subang, baru-baru ini, Abby sempat mengambil masa berkongsi panduan menggunakan set penjagaan wajah.

"Saya menggemari serum untuk mengekalkan seri dan kejelitaan wajah. Rutin seharian yang sibuk di lokasi penggambaran serta menjaga tiga anak menyebabkan kulit kering, kusam dan tidak bermaya. Jadi saya menggunakan masker Lembapan Tidur untuk memulih dan menyuburkan kulit ketika tidur.

"Selepas pemakaiannya kulit kembali anjal, lembut dan cerah manakala pemakaian alat solek menjadikan kulit cerah berseri,"katanya.

Selain itu, Abby menggunakan krim pelembap siang SPF20++ Iffah setiap hari bagi memastikan kulit dilindungi daripada matahari di samping bersenam dan memastikan tubuh mendapat rehat secukupnya.

Tambahnya lagi, dia turut memakai gel kontur mata untuk mengurangkan lingkaran hitam dan kedutan mata terutama semasa penggambaran pada lewat malam. Set penjagaan kulit wajah terbaru Syahirah boleh didapati di pasaran bermula pada harga RM8.90 hingga RM39.90.

No comments: