Pendukung utama Pencari Jalan Lurus-Beto & Tiz (gambar Google) |
Waktu telemovie ni disiarkan kat tv Al-Hijrah 1 Disember lepas, aku bergelut dgn deadline kat opis. Berlambak bahan belum diproses menjadi rencana. Kiranya time tu hati kat omah tp badan kat opis…mihahahaha gedikz sgt khenn.
Pelakon utamanya sudah semestinya Beto Kusyairy yg mmg stylo habis. Muka versi kereknya nampak sgt sweet n cute dlm drama ni. Berpasangan pulak dgn Tiz Zaqyah yg garang2 manja gitew. So sweet la depa berdua ni.
Pencari Jalan Lurus, kisah mengenai apa dan siapa? Telemovie bersempena Maal Hijrah dan ceritanya mengenai penjaga perpustakaan bergerak.
"Perpustakaan bergerak? Adoyai, dh x de citer lain ke nk karang sampai perpustakaan bergerak pun jd citer?"
Itulah impak pertama kat otak aku time baca synopsis citer ni kat paper (…lupa lak paper apa). Tp Beto punya pasal dan nk tgk ada kimia tak gandingan dia ngan Tiz macam mn kimianya dia dgn Amani-membuat aku teruja mahu menontonnya.
Lepas dua hari (…time ni hampir 95% bahan telah berjaya diproses dgn jayanya…huhuhu sgt bangga, belum 5hb dh nk habis bahan diproses), aku mula gigih mencari link downloadnya kat Makcik You Tube.
Tp hampeh!!! Sedey dowh, sebab aku mmg nk tgk sgt citer ni…aku perlu bg jawapan kat otak aku yg kena impak negatif mengenai ‘cerita perpustakaan bergerak’ yg cuba ditelemoviekan nih.
Okeh…hari ke-5 aku jumpa link nyer kat satu blog ni…sgt seronok smpi aku dgn rela hatinya membatalkan niat nk membaking Banana Cake (…pisang2 dlm peti ais sila maafkan puan ko ni ye hikhik!)
Tetapi….diulangi…tetapi, aku gagal mendownload drama ni dr link yg ditempek itew…waaaaaa…kenapakah ini terjadi kepadaku…OMG!!!
Mlmnya, tepat jam 10 mlm aku try lagi mendownloadnye, kali ni guna Mac pulak…dan Alhamdulillah berjaya dgn cemerlangnya. Sgt la laju ok…dlm masa 40 minit x sampai, telemovie Pencari Jalan Lurus dh masuk dlm perut hard disk Mac hehehehe sgt suke hokeyyy! (...sori le Beto, gua terpaksa tgk citer2 lakonan lu versi download jek, x time nk tunggu depan tv)
Gambar-Mstar |
Ceritanya sgt mudah…sgt simple. Tp mesej yg nk sampaikan sgt dekat di hati. Ok aku mmg suka tgk muka cute Beto dlm drama ni, tp aku sgt suka falsafah2 yg terselit dlm setiap dialog yg diucapkan pelakonnya.
Baiklah…mari aku ceritakan sikit mengenai watak Mustaqim sebagai penjaga perpustakaan bergerak. Kemudiannya ada Nailah, pekerja kilang yg berjiwa besar. Seterusnya ada Ihsan, posmen ute yg suka merunggut pasal kerjanya dan lebih suka kerja di bank sebab bunyinya bila disebut lebih sedap.
Ada juga Dahlia, graduan kolej yg menganggur tp kreatif dan sgt bersungguh2 menghasilkan karya sulongnya. Dan ada adik Fatah, budak darjah lima yg tak pandai membaca-jd dia lebih seronok tgk gambar sj. Oh lg satu, ada nenek yg buta dan lemah ingatannya-dia sgt cute apabila bersuara (sure nenek kena minum byk air dlm drama ni khennn)
Macam aku ckp awal td, jalan cerita biasa-biasa. Mengenai orang biasa-biasa melalui kehidupan biasa-biasa. Paling penting, T.I.A.D.A unsur2 'biasa' seperti berikut ini:-
- Komplot nk rebut harta org
- Mak or ayah yg paksa anak dia kerja yg best2 jek-bukan pencacai yg x bergaji besar
- Feel makcik2 kg yg mengumpat pasal hidup org lain
- Feel minah kilang yg berangan nk hidup ala2 diva, bersuami lelaki berkereta mewah
- Adegan bebudak x cukup akal mengejek kelemahan budak lain
- Sentuh bab2 org beragama tp berfahaman sesat
- Samseng jalanan yg x de keje dan memperabihkan beras mak bapak bg depa makan
- Aksi gedik-gedik…geli-geli antara hero & heroin
Semua yg aku bariskan kat atas langsung diTIADAkan dlm drama ni. Tp, tanpa kebiasaan yg biasa-biasa tu cerita ni tetap BEST! Bukan je pelakonnya best, byk adegan dan nasihat menangkap jiwa dlm drama nih disampaikan dlm keadaan biasa-biasa jek. Semuanya biasa-biasa. Seperti mana heronyer yg berwajah biasa-biasa (...hey... ada yg kata dia x hensem pun...haip...jahat korang eh, nk layan yg hensem2 jek, yg biasa2 mcm muka Beto xmo...ooo...biasalah...kesukaan manusia biasa yg sgt biasa...hahahaha lantak ko la byk sgt biasanyer!)
Watak 'pemberi nasihat' nyer juga tak poyo mcm dlm kebanyakan drama Melayu biasa. Tp dlm drama serba biasa ni, setiap baris nasihat disampaikan dlm versi santai dan biasa2 jek. Pendek kata, nasihatnya mesra di telinga dan jiwa.
Beto, Tiz, Ramona dan 'nene'-gambar Cari.com |
- Mustaqim, anak orang kaya tp yg beriman. Mengamalkan gaya hidup sederhana. Dia tak pandai sgt, tp sukakan ilmu. Menjadi penjaga perpustakaan bergerak mendekatkan dia dgn ilmu sekali gus 'membawa ilmu' masuk kampung dan mesra dgn budak2 yg mencari ilmu.
- Nailah yg garang2 manja ni walaupun kerja kilang tp bukan tipikal 'minah kilang'. Dia mampu beli kereta sendiri, suka membaca dan membantu org lain tak kira kelompok mana. Minah Indon pun dia berkawan. Dia mmg bukan org senang, sudah kematian ayah dan tinggal dgn nenek yg kekurangan penglihatan dan ada gangguan ingatan. Mak dia dah kahwin lain dan berada di Sarawak. Tp dia tak nampak down langsung atau berasa dirinya malang. Dia bukan sj cantik, malah penyayang dan pandai bergurau walaupun bersikap garang dgn Mustaqim. Eleh…dlm hati dh ada taman…kira garang versi manja huhuhu!
- Dahlia walaupun masih 'tanam anggur' kat rumah, tp dia tak berkeluh-kesah. Dia ada bakat menulis dan dia mengisi harinya dengan mengarang manuskrip. Walaupun usahanya belum membuatkan hasil, tp dia tak putus asa.
- Ihsan ni comel. Gelagatnya mencuit hati. Dia sebenarnya teringin sgt nk kerja bank tp x pernah dpt. Sebab tu bila bekerja sebagai posmen dia kerja asal buat dan cuai. Sampai surat temuduga Nailah pun sesat entah ke mana2 dan Nailah terlepas peluang temuduga tu.
Demikian la review ringkas mengenai Pencari Jalan Lurus. Sebenarnya byk yg aku nk karang kat sini, tp masih byk kerjaan yg belum dibereskan. Nanti kalau ada kerajinan nk menambah, aku tulis part II lah. Byee…
*Tiz apabila bertudung sgt comel dan sweet, aku doakan moga2 dia segera dibukakan hati utk berhijab...Amin.
2 comments:
ad link download ue lg x.?? nk ley..??
...link? adoyai, bkn x nak bg tapi dah lupa ambil kat mana. cubalah google ye kot2 ada lg linknya sbb dh lama jugak drama neh. so sorry...
Post a Comment