.

Sunday, December 16, 2012

Curang? Awas Lu!!!

...ada member emel info ni kat gua, hehehe tqvm la 'Kak Senah' ye. So aku pun saja2 lah share kat sini utk bacaan bersama. 
Curang? Awas Lu!!!

Tanda-tanda Suami Curang
Lelaki ni dia tak ada sikap teliti macam wanita, sebab itulah banyak kes kecurangan suami dapat dikesan si isteri dengan mudah. Andaian saja ...

TELEFON BIMBIT SUAMI
Tidak dibenarkan memegang sama sekali telefon bimbit suami. Jika dahulu dia letak saja dimana-mana telefon bimbit tu, dan tak kisah pun kalau si isteri cuba mengangkat telefon tu bila berdering. Tapi sejak kebelakangan ini langsung tidak benarkan si isteri menyentuhnya dan si isteri langsung tak nampak pun telefon bimbit suami seperti sebelum ni. Senang cakap dah disembunyikan dari mata si isteri. Haaa maka lakukan lah siasatan lanjut.

GAYA BERUBAH
Jika suami dulu tak kisah pun pasal penampilan atau gaya-gaya sekarang, tapi sejak dua menjak ni dia mula berubah sikap. Dulu tidak pun sembur minyak wangi tapi sekarang aroma minyak wangi setiap hari. Sebabnya jika seseorang lelaki mula tertarik untuk memperbaiki gaya pakaian, rambut, kuku atau kulitnya, dia mungkin sedang berusaha menarik perhatian wanita lain.

SERING MENGHILANGKAN DIRI
Mula keluar awal ke tempat kerja, menghabiskan waktu lebih lama di luar rumah atau sering ke luar daerah. Berhati-hatilah jika kegiatan tersebut semakin kerap dan berlangsung lebih lama dari biasanya. dan yang parah bila tidak dapat dihubungi ketika dia berada jauh dari kita.

PENGGUNAAN WANG YANG BERLEBIHAN
Perhatikan juga situasi kewangannya yang mungkin sudah 'sengkek' walaupun masih di awal bulan. Perbelanjaan yang tak masuk di akal, seperti penginapan di hotel atau membeli keperluan yang mahal-mahal, nak kena selidik juga ni.

CARA LAYANAN BERUBAH
Dulu suami layan isteri bukan main baik sekali. Peramah , penyayang dan bila di tanya suami kan melayan dengan baik ketika berbual tapi kini berubah sikap menjadi mudah marah. Silap-silap isteri kena kritik dengan suami tak pandai bergaya, tak pandai berbicara, masak pun dah tak sedap. Mulalah mudah bertengkar dan si dia seakan tidak mahu mencari jalan penyelesaiannya. Mungkin dia membanding-bandingkan anda dengan teman barunya.

Tapi ada juga sebaliknya, suami bersikap manis dan lembut, berbeza perwatakannya sebelum ini yang cepat marah dan garang. Dia juga mula memberikan anda hadiah kerana ingin menutupi kesalahannya atas perbuatannya yang bermain kayu tiga..

KATA HATI SEORANG ISTERI
Dibandingkan semua petanda-petanda di atas, tiada yang lebih menyakinkan lagi daripada perasaan wanita sendiri. Anda lebih mengenali pasangan daripada orang lain, jadi anda pasti jadi orang pertama yang dapat mengesan perubahan-perubahan dalam dirinya.

PERINGATAN: Suami kalau dpt isteri yg Soleha jgn cuba2 selingkuh. Isteri kalau sudah sayang suami, dia sayang hingga ke akhir hayat. Tapi kalau sudah dicurangi, bermakna tiada lagi sedikit ruang untuk ada meminta belas kasihani. Jawapannya....GET LOST!!

1 comment:

Anonymous said...

ohhh nasib baik aku takda dlm senarai tu. hehehe -ozzayd