...dek janji yg dah dibuat, kena la ditepati. Bagi memudahkan pergerakkan, aku atur pertemuan di tempat sama (Mid Valley). Senang kerja, hari minggu mcm ni kalau tak pandai atur waktu mmg ke laut la...jem sana sini!
...temu janji pertama dan kedua selesai tepat jam 5 petang. Huh, lega. Penat badan dan otak jgn ckp la. Kalau bole nak baring je kat lantai Mid tu hehehe. Memandangkan kepenatan yg melampau, aku paksa diri balik walaupun otak digoda utk cuci mata. Oh tidak, x larat nak jalan dah. Cukuplah utk hari ni.
..sayangnya, 15 minit sebelum sampai pintu gerbang rumah. Izzah (bukan nama sebenar ^_^) call, sambil menangis teresak2. Terkejut dibuatnya, sampai aku terkesima...tak terkata apa2.
Izzah: Nn, aku nak jumpa ko sekejap bole? (..akhirnya dia bersuara selepas dkt 3 minit melalak kat cuping telinga aku ^_^)
Aku: Bole...bila?
Izzah: Sekarang!
Aku: Hah (sambil pejam mata...omg!!!), errr...ok kat mana?
Izzah: JJ, Wangsa Maju (Jaya Jasco)?
Aku: Ok...aku gerak skrg.
Izzah: Cepat sikit ye Nn, aku dah ada kat JJ ni!
Aku: Hah...(pejam mata lagi...pejam serapat mungkin...omg!!!) Ok. Tunggu jap.
...lepas gigih cari parking, aku ke lokasi yg diberitahu. Izzah kata dia tunggu aku di Secret Recipe (...dlm mata aku dah beberapa kali dok melintas Choc Banana + Green Apple Kasturi ^_^). Tak sampai 5 minit, muka Izzah dah ada di depan mata aku. Merah menyala matanya, begitu juga hidungnya nan mancung!
...atas meja bulat yg muat2 dua org dah terhidang 2 gelas Green Apple Kasturi & 1 slice Choc Banana Cake. Amboi, pandai Izzah beli jiwa aku *_*.
Aku: Tq, mcm tau2 je aku nak order air ni (sambil sedut air idaman hatiku)
Izzah: (...*sengeh paksa)
Aku: Hmmm...Eh Aaron Aziz la...tgk tu (dlm usaha buat lawak hahahaha)
Izzah: Mana? (sambil mata bulat yg merah menyala tu liar mencari 'Aaron Aziz')
Aku: Hehehehe...amboi ^_^
Izzah: Tak lawak ok!
Aku: Sorry 0_0
...lepas beberapa minit layan perasaan, aku nampak Izzah kesat airmata dia dgn segumpal tisu. Alahai, rasa bersalah sgt. Aku selongkar bag sandar pelan2, jumpa bungkusan tisu terus aku tarik keluar dan hulur kat Izzah. Dengan rakus dia sambar, terkezut beruk aku dibuatnya. Huis...teruk gak minah ni bila tgh emo. Ngeri dowh!
Izzah: Aku dah tak tahan dgn perangai dia, menyakitkan hati. Kau ckp bagi dia peluang, tapi dia mcm tu juga. Sama je, makin teruk!
Aku:(minah ni tgh cerita pasal sapa eh...tetiba blur hahaha)
Izzah: Semua aku kena buat, dah mcm hamba abdi dia pulak! Dia tak reti nak tolong aku, syg sgt tenaga dia tuh!
Aku: (...ok2, aku dah paham skrg, dia tgh kutuk laki dia. Hmmm...again!!)
Izzah: Aku rasa, aku nak cerai je!
Aku: Kau dah habis pk?
Izzah: Dah byk kali aku pk, tak larat nak pk lagi.
Aku: Ok, mcm tu cerai je lah! (Nada suara aku cukup tegas kali ni...tapi bersebab, nanti aku story eh).
Izzah: (...bagai nak terkeluar bijik mata dia pandang aku lepas ckp mcm tu) Habis mcm mn dgn aku? Anak2 aku?
Aku: Tadi kau cakap dah habis pk, so apa lagi aku boleh komen? Kau yg rasa, kau yg alami bukan aku. Kalau itu yg kau rasa dan x boleh nak tanggung lagi. So, teruskan lah apa yg kau pk tu (...mesti korang ingat aku tak de perasaankan cakap kat kawan mcm tu...tunggu)
Izzah: Tapi aku sayang dia lagi, anak2 aku pun perlukan dia.
Aku: (...senyum, perempuan mmg 'byk ragam' hahaha) Dah tu, knp sampai pk xde cara lain selain bercerai?
Izzah: Aku geram, aku dah tak tahan. Dia tak reti bahasa, aku mengamuk sakan pun dia buat bodoh je.
Aku: Nasib baik dia buat bodoh, kalau dia lempang kau...dia terajang kau, mcm mana?
Izzah: Dia tak pernah buat mcm tu kat aku! Kau ni lebih2 pulak!
Aku: (...senyum, eh aku pulak yg kena) Byk cara lain yg boleh kau gunakan utk 'paksa' dia tolong kau. Cuba pk matang sikit...pk yg positif.
Izzah: Aku dah cuba, tapi tak boleh. Aku geram...sakit hati sgt2 kat dia.
Aku: Kau kena paksa diri kau sendiri. Paksa diri kau utk bertahan dan usaha sampai berjaya.
Izzah: Mcm mana?
Aku: Setiap apa yg kita buat, biar ikhlas kerana Allah. Aku tahu, bukan senang jadi suri rumah sepenuh masa mcm kau, byk tanggungjawab. Tapi kau kena jadi lebh kuat, sabar dan cekal hati. Kau baru usaha tak sampai sebulan, tapi kau dah mengalah.
Izzah: Habis aku nak tunggu berapa lama? Kau tahu tak, sehari tu mcm setahun! Apa lagi sebulan!
Aku: Sebab itu aku ckp sabar. Nak ubah manusia bukan senang, nak repair mesin pun adakala mkn masa tau.Kau kena cari jalan yg 'dekat' dgn dia utk ubah perangainya. Selain usaha, kau kena mintak dgn Allah. Terus doa jgn jemu...jgn sesekali!
Izzah: Aku doa hari2 Nn, tapi sama je!
Aku: Mcm aku ckp sebelum ni, Dia sentiasa mendengar permintaan hambaNya. Kau kena sabar dan yakin. Kau boleh mintak cerai, kalau itu yg kau nak. Tapi kau bakal seksa diri kau sendiri sebab kau syg dia dan anak-anak jadi mangsa ketidaksabaran kau!
Gambar hiasan-Mr Google |
Petikan tip kat bawah ni korang boleh baca juga diblognya 'Resipi Hidup bersama Suzana Ghazali'. Selain topik suami malas, banyak topik lain yg dikupasnya. Pergi la melawati ^_^
"Saya akui memang payah nak ubah sikap suami apatah lagi oleh seorang isteri. Menyuruh suami berubah sikap memang akan dikatakan isteri bersikap kurang ajar. Walau rumit keadaannya, bukan bererti masalah ini tidak boleh ditangani dan untuk menanganinya, isteri perlu tabahkan hati, kuatkan tekad dan semangat dan ubah sikap menjadi seorang yang agak keras hati. Kenapa perubahan sikap ini perlu? Kerana dengan perubahan sikap anda sahajalah, anda mampu mengubah sikap suami anda, insyaAllah.
Setelah anda mengubah sikap anda, ubahlah pula cara anda berhadapan dengan suami yang malas. Perlu diingat, suami boleh menjadi malas kerana sikap isteri sendiri. Ada isteri yang terlalu memberi muka kepada suami. Suami nak kerja lebih masa tak diizinkan dengan alasan risau suami beralih kasih. Bimbang dimadukan, ada isteri yang sanggup melakukan dua hingga tiga kerja untuk membantu suami menambah pendapatan keluarga. Memanglah satu hasrat dan kerja murni tetapi secara tidak langsung, sikap isteri ini menyebabkan suami akan rasa isterinya mampu memegang tanggungjawab mencari nafkah keluarga lebih baik daripada dirinya. Kalau dah begitu keadaannya, tak perlu lagilah suami bekerja. Bagi mengelakkan sikap begini berleluasa, isteri perlu lebih tegas dan berhati-hati ketika membuat keputusan. Sebagai suami yang pastinya seorang lelaki dan terkenal dengan segala kekuatannya, biarlah suami yang bekerja lebih teruk dan kuat daripada anda. Jangan kusutkan fikiran dengan kebimbangan kasih suami beralih arah. Percayalah, jika suami anda merasa betapa perit dan sakitnya menanggung seorang isteri, dia akan berfikir seribu kali untuk mempunyai isteri lagi.
Satu lagi sikap isteri yang perlu diubah bagi mengubah sikap suami ialah, jangan berikan duit belanja kepada suami walaupun suami memaksa. Perlu diingat, hasil pendapatan anda adalah hak anda sepenuhnya. Walaupun suami mengizinkan anda bekerja, ianya bukan tiket atau alasan untuk suami anda memeras duit anda. Jika suami mengambil atau menggunakan wang hasil titik peluh anda, ianya adalah hutang yang perlu dibayar oleh suami walaupun isteri tidak menuntutnya, lainlah kalau isteri anda menghalalkannya dan perlu diingat juga, halal daripada pihak isteri adalah halal dengan rela dan sepenuh hati bukan terpaksa. Saya faham, ada kes isteri terpaksa memberikan wang kepada suami kerana suami menggunakan kekerasan. Kalau isteri tak nak berikan duit, isteri akan ditempeleng dan disepak terajang. Jika kes penderaan seperti ini berlaku, jangan fikir panjang lagi, cepat-cepat adukan kepada pihak yang berkuasa. Tidak ada celanya jika isteri berbuat demikian. Kenapa nak simpati pada insan yang langsung tak berperikemanusiaan kepada anda?
Satu perkara lagi yang boleh dilakukan oleh isteri ialah, kenalpasti punca dan sebab suami enggan bekerja kerana tidak semua kes suami tidak bekerja disebabkan malas. Jika suami tidak sesuai dengan kerja yang ada, berikan dorongan dan semangat kepada suami untuk mencari kerja lain yang lebih sesuai dengan jiwanya. Namun, sebelum menyarankan perkara ini kepada suami, kenalpasti dulu apakah kerja yang suami anda suka dan tidak bosan melakukannya. Perkara suka dan gemar ini juga perlu ditangani dengan berhati-hati. Jika yang disukai suami adalah pekerjaan yang tidak menambah pendapatan keluarga, jangan biarkan suami dengan keseronokan sendiri. Ingatkan suami dengan tanggungjawabnya sebagai suami, mencari nafkah untuk isteri dan anak-anak. Peringatan secara halus dan berhikmah.
Jika agak payah, biarkan suami dengan keseronokkannya sementara tetapi anda perlu berubah sikap. Jika selama ini anda menyediakan hidangan di rumah untuk anda, anak-anak dan suami, ubahlah pula pendekatan anda. Jangan beli barang-barang dapur. Biarkan dapur anda kosong tak berasap. Ajaklah anak-anak makan di luar. Jika suami bising tiada makanan, cakap saja makanan tak dapat disediakan kerana suami tak berikan wang belanja. Memang seperti menyerah diri untuk disakiti tetapi jika anda rasakan keselamatan anda tergugat, seperti yang saya tegaskan sejak awal, anda mampu cari jalan keluar.
Ingatlah wahai wanita, betapa besar dan tingginya kasih sayang anda kepada suami, jangan sampai anda menjadi hamba suami. Anda sepatutnya disara, dijaga makan minum, pakai dan lain-lain kemudahan untuk hidup di dunia ini, anda juga sepatutnya dilindungi… jika semua ini gagal anda perolehi daripada suami, apa gunanya lagi status sebagai isteri. Fikirkanlah..."
No comments:
Post a Comment