.

Sunday, January 20, 2013

Carrot Cake + Ost My Princess...

 …hari ni agak free, tak macam semlm yg sgt padat dgn assignment dan sesi luah perasaan ^_^. So, memandangkan seharian ni tak ada sebarang temu janji maka bole la layan ‘me time’.

…pilihan aku tuk ‘me time’ tentunya melayan ost Korea. So, ari ni aku sambung nonton My Princess yg tertangguh berbulan lamanya. Semuanya ada 16 episod dan aku baru nonton 8 episod.

…best sgt ke My Princess ni? Bagi aku, mmg bole layan dan berbaloi drpd dok layan ost Melayu kat tv tu. Balik2 cerita sama yg disogokkan, byk sgt bg menonton’ gula2’! (…eh kepada peminat dan pencinta cerita Melayu, jgn nak sentap sgt ye. Ini komen yg bersifat peribadi dari sudut kesukaan dan penerimaan aku sendiri. Kalau korang tak setuju, harap maaf dan tak perlu sentap-sentapan sebab masing2 ada cita rasa sendiri kan).

So sweet je couple My Princess ni..

Dalam ni penuh ost korea...hambik ko hahaha
…tgh2 syok melayan dan menghayati cerita, tetiba telefon berbunyi …ring …ring.. ku angkat, ku dengar siapa (hahahahaha…sengal!). Rupa2nya, jiran block rumah sebelah call. Katanya nak order kek. Omg…mcm mn ni, vitamin M tgh dok ‘bersemayam’ dlm badan ni!

Di hujung talian: Anis, agak2 boleh buat tak 2 biji kek nak ambil pagi esok?
Aku: Akak nak kek apa, kalau ada bahannya boleh la sy buat (…rezeki jgn ditolak, jgn merungut nanti jd ‘mahal’, padan muka aku)
Di hujung talian: Carrot cake je, salut butter cream kaler oren boleh?
Aku: Kak, bagi sy 5 minit nanti sy call balik…nak kena check stock dulu.

…selepas 5 minit (gigih selongkar peti sejuk, semuanya ada kecuali carrot. Alahai…malasnya nak p kedai).

Aku: Akak nak ambil pagi esok, kan. Bole lah (mengalah pada rezeki yg datang…kena tinggalkan kesekejap keseronokan menonton ost hukhukhuk).
Di hujung talian: Terima kasih Anis, sok pagi Anis hantar ke akak dtg amik kat rumah?
Aku: Saya hantarlah, sambil-sambil nak p kerja kan.

…selepas 1 jam di Giant Taman Permata, Ulu Kelang. Aku pecut Mr Omme sederas mungkin. Kena siapkan cepat, sebab kalau nak malam potong mood pulak.

…1 jam 25 minit berperang di dapur baking, akhirnya 2 adunan utk Carrot Cake berjaya disiapkan sebelum jam 6.30pm. Huh…bagai nak terkeluar peluh jantan!

…time bakar kek ni mmg best (selain kek coklat), baunya…perghhh rasa nak tumbuk dinding harumnya *_*. Semerbak 1 rumah, sampai jiran sebelah ‘sound’ kat balkoni. “Anis, ada ‘sisa2’ tu campak la kat sebelah ni hehehehe”

…hamboi, kemain ye. Nasib baik la mmg ada baki adunan, bole la sumbat dlm cupcake’s. Tak byk pun, dpt la 8 biji. Ah…cukuplah utk dia mkn 2 beranak. Nak mkn sampai kenyang kena order la ye hahhahaha.

*p/s…act aku tak makan carrot cake, apa lg kalau bersalut cream. Kek yg aku minat, cuma butter cake. Tetapi ‘berniaga secara kecil-kecilan’ punya pasal, aku kena belajar buat. Belajar buat sampai sedap dan menjadi dgn cantiknya utk kepuasan pengorder juga pemakannya huhuhu. InsyaAllah…Aamin.
The making Carrot Cake...Part 1
The making Carrot Cake...Part 2

Siap 1, tinggal lg 1 adunan besar dan 8 biji adunan cupcake's





No comments: