.

Wednesday, February 27, 2013

Nabila tak mahu hipokrit...

Nabila sentiasa optimis...
...selain Shahz Jazle, aku juga sempat interview pelakon berbakat, Nabila Huda. Memandangkan dah ada depan mata, aku pun

'panjangkan' beberapa soalan yg selalu sgt kawan2 tanya pasal diri dia terutama penampilannya yang dikatakan seksi terutama di

media sosial.

...kata Nabila atau mesra disapa Abil mengenai gambar-gambar yg di muat naik di laman sosial termasuk Instagram miliknya sekadar

nak berkongsi kegiatan dia dan bukan mahu menimbulkan sebarang kontroversi.Tegas 'Mama Hot' ni lagi, kebanyakan gammbar yang

dikongsikan di dalam laman sosial tu berkisarkan tempat-tempat menarik yang dikunjungi waktu penggambaran dan bercuti.

"Mungkin di dalam gambar itu pakaian saya sedikit seksi, tapi bukan itu yang saya nak tunjukkan kepada umum cuma mahu berkongsi gambar pemandangan dan latar belakang menarik di dalam gambar itu. Jadi, janganlah mudah menilai saya hanya dengan gambar-gambar di dalam laman sosial.Saya tak mahu hipokrit kerana itu kehidupan saya. Terus-terang, saya tak mahu ambil kisah sangat pasal cemuhan masyarakat," kata anak kepada penyanyi Amy (Search) ni, optimis.

... tegasnya lagi, apa-apa juga kontroversi atau isu yang ditimbulkan mengenai dirinya tidak dikaitkan dengan keluarga.Dia telah dewasa dan bertanggungjawab sepenuhnya pada diri sendiri.

"Tak perlu membabitkan ayah kerana saya sudah besar, lagi pun dia sudah tua dan saya tak mahu dia risau. Jadi, apa-apa juga masalah saya, biar saya bertanggungjawab."

No comments: