.

Wednesday, February 27, 2013

Shahz Jazle tangguh kahwin

Shahz Jaszle hormat keputusan keluarga tunang...
... jam 3 petang tadi, aku sempat temu bula Shahz Jaszle kat majlis minum petang anjuran Rafflesia di Hotel Park Royal, bersempena meraikannya dan beberapa pelakon lain yang dicalonkan sebagai pelakon Harapan Terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke 25 (FFM25). Ok kat bawah ni, aku buat skit laporan bentuk berita ye. Asyik biar korang baca versi 'bahasa pasar' je, hari ni kita ubah 'angin' skit eh. Enjoy ^_^

Tunggu bakal isteri habis belajar
Pelakon Rindu Bertamu Di Abu Dhabi, Shahrizal Jaszle, 25, terpaksa menangguhkan perkahwinannya dengan Redzwani Puteri,25, hingga tahun 2015.

Kata Shahz, penangguhan itu berikutan permintaan dua ibu bapa Redwani yang mahu bakal isterinya itu menamatkan pengajian terlebih dahulu.

" Insya-Allah dua tahun lagi (bernikah). Memang pada awalnya kami mahu berkahwin awal, tapi sebagai anak, kami hormat keputusan keluarga demi kebaikan bersama," kata Shahrizal atau lebih mesra dipanggil Shahz, menafikan dakwaan bakal menamatkan zaman bujang tahun ini.

Walaupun perkahwinan mereka dua tahun lagi, tetapi pasangan ini telah membuat sedikit sebanyak persiapan untuk majlis itu. Kata Shahz, tema perkahwinan di dalam taman menjadi pilihan mereka.

"Saya memang impikan tema perkahwinan di dalam taman, dan dia (Redzwani) setuju. Saya juga sudah buat beberapa persiapan termasuk lokasi perkahwinan kami nanti iaitu di Hulu Langat," ujarnya yang mengakui jarang bertemu tunangnya itu kerana kesibukan masing-masing.

"Dia sibuk dengan pengajian dan jadual saya pula padat dengan penggambaran, walaupun jarang bertemu tapi kami kerap berhubung melalui telefon."


Sewaktu sesi interview bersama Shahz & Redzwani

Redzwani Puteri selesaikan pengajian sebelum menjadi isteri Shahz

Ost Rindu Bertamu Di Abu Dhabi rancak bersiaran di kata TV ketika ini ^_^

No comments: