.

Monday, June 3, 2013

Aiskirm Sirap Laici for me time...

Pernah rasa nak main masak-masak mcm zaman budak-budak tak? Aku suka buat perangai mcm tu terutama apabila stress (biasanya pasal kerja la).

Kelmarin, akua ada beli buah Laici segar waktu shopping barang dapur kat Ecosave. Aku tak boleh makan banyak-banyak buah ni, nanti apabila batuk-batuk riuh satu rumah dibuatnya.

So, aku pun buat projek merapu, ye memang merapu sebab aku tengah layan migraine yang sudah beberapa hari berumahtangga dalam kepala. Adoyai, geram betul. Hilang mood nak beraktiviti best-best hujung minggu.

Tapi, memandangkan saya bosan tahap ‘dewa’, aku pun main la masak-masak sendirian kat dapur. Nak membaking, malas. So, aku try buat benda paling mudah ni. Ye, mudah dan sgt sedap dinikmati terutama waktu panas dan bagi korang yg dah ada anak-anak, ini pencuci mulut yang best tau.

Aku buat apa? Huhuhu…Aku buat Aiskrim Sirap Laici uolls hehehe *_*. Memang sgt simple, tak sampai 10 minit dah siap. Bahan yang digunakan pun sangatlah mudah ye. Cuma perlukan buah Laici, air sirap dan acuan aiskrim (or plastik, ikut cita rasa korang nak bentuknya macam mana). Cara mudah, tengok saja step yang dishare kat bawah ni.

Step yang mudah utk Uolls follow 'kan...
Selepas beberapa jam...tadaaa

No comments: