Hey...marah nampak! |
Sebab itulah, marah satu daripada sifat mazmumah (tercela) yang dibenci Allah dan Rasul. Marah menimbulkan sifat keji lain, seperti dendam, dengki, sombong dan angkuh. Malah, Ja’far bin Muhammad berkata: “Marah itu kunci segala kesalahan (kekejian).”
Kita memang tidak dapat lari daripada perasaan marah. Satu perasaan datang tanpa diduga, tetapi sebaiknya kita tahu bagaimana kita mengawal dan menghadapinya. Kalau tidak, banyak kesan negatif yang akan berlaku. Paling malang, mungkin orang yang tidak bersalah pula menerima gelombang marah itu, terutamanya orang yang berada hampir, mungkin isteri atau suami, anak tersayang, adik-beradik atau teman. Mereka juga mungkin boleh tersalah tafsir gelombang marah itu.
Macam mana hendak mengawal dan menghadapi kemarahan? Aku? Selalunya kalau sangat2 marah, aku akan DIAM. Bagi aku, apabila marah, memang susah nak mengeluarkan kata-kata yang baik. Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga supaya orang lain tak 'emo' dan 'sentap', lebih baik aku mendiamkan diri dan berfikir sejenak (kadang-kadang aku boleh diam berhari-hari dan keadaan ini pun boleh buat orang berhampiran aku 'sentap'. Adoi, tak tahulah nak buat macam mana. Jadi bertambah-tambah pula masalah yang tak ada kaitannya. Hmmm...)
Kalau waktu gelombang marah tu menyerang dan ketika itu aku sedang berdiri, maka aku cepat-cepat duduk atau masuk dalam bilik air. Apa aku buat? Aku menangis untuk tenangkan kemarahan, sebab kalau kemarahan tu sedang menyala-nyala dan aku cuba bertahan sure kena migraine. So, menangis dan basuh muka banyak2 boleh bantu aku rasa lega ^_^.
Sebenarnya apa yang membuatkan aku jadi marah? Hmmm...banyak sebab, satu daripadanya bagi aku kerja last minute (atau minta buat sesuatu secara tiba-tiba) lepas tu desak aku beri hasil segera dan ketika itu aku banyak kerja lain atau tengah tak sihat (migraine sangat sayang kat aku, jadi 'beliau' selalu datang ziarah hingga berhari-hari).
Macam mana kalau aku gagal kawal amarah? Kalau aku sangat marah, aku pilih mendiamkan diri jadi kesannya jarang kelihatan. Tetapi paling jelas nak nampak, aku 'menjauhkan diri'. Ada banyak cara aku buat untuk jauhkan diri, itu rahsia saya hehehehe.
Selain diam dan duduk juga menangis (lepas tu basuh muka bersih2...biasalah mesti ada hingus melelehkan *wink*), aku masuk bilik baking. Berbanding shopping seperti kebanyakan wanita, bagi aku baking time memang terapi paling mujarab apabila marah pada sesuatu atau seseorang. Kelebihan dan keuntungannya, aku dapat reka banyak resipi baru. Pendek kata, banyak jenis cake dan cookies yangberjaya aku cuba.
Aku masih ingat, waktu tengah sangat2 marah pada si polan ni...aku susun semua bahan-bahan untuk mencuba resipi Red Velvet Cake with Creamcheese. Aku memang obses warna merah, jadi cake ni pilihan utama. Setiap kali marah, aku cuba buat cake ni dengan pelbagai cara yang direka sendiri. Alhamdulillah, sekarang aku dah berada ditahap mahir membuatnya. Ramai rasa sedap dan rasanya lain macam. Untung 'kan ^_^
Inilah secebis kisah berkaitan MARAH. Cerita marah anda pulak macam mana? Sharelah kalau sudi, aku pun teringin nak tahu.
Ini Red Velvet Cake with CreamCheese yang dibake sendiri ye *_* |
No comments:
Post a Comment