Sejak awal tahun lepas, aku mula cuba cara baru masak daging rusuk ni selepas tonton rancangan AFC (Asian Food Channel). Nampak ‘perak’ sgt aku ni kan…hehehe…tak apalah, janji rasa juga mencuba ‘kan.
Act, dah banyak kali juga aku buat resipi ni. Alhamdulillah, sgt sedap dan cukup menepati cita rasa aku yang memang suka pedas. Selepas cuba beberapa kali, baru aku dapat rasa dan kelembutan dagingnya sesuai selera.
Tip penting, jangan over cook. Kalau tidak, potong stim nak menikmatinya. Mahu tahu sedap atau tak, korang boleh cuba sendiri ye. Aku share di sini resipi mudah yang InsyaAllah korang boleh buat sendiri (tak payah susah-susah pergi restoran dan bayar mahal-mahal ye ^_^)
Rupa Beef Ribs yang diperap bersama bahan black pepper |
Bahan:
½ kg daging rusuk lembu, dipotong tiga
1 camca besar lada hitam, dikisar (@ boleh tukar dgn sos lada hitam)
3 camca besar sos cili
1 camca besar tomato puree (part ni boleh skip if tak suka)
1 camca besar kicap pekat manis
1 camca teh madu asli (boleh skip kalau tak suka)
Sedikit garam
Sedikit serbuk paprika
1 camca besar mentega
Cara membuatnya:
1. Campurkan semua bahan kecuali mentaga.
2. Perap daging semalaman di dalam peti sejuk.
3. Dapu mentega pada loyang bakar, susun daging dan bakar di dalam ketuhar sehingga masak.
4. Hidangkan bersama sayur kegemaran dan mayonis.
No comments:
Post a Comment