.

Friday, June 7, 2013

Penjara rasa...

Dingin dini hari menusuk setiap inci tulang
Aku tercium wangian rindu
Menerobos setiap rongga
Mengembangkan setiap nadi fikir

Aku kaku di sudut rasa
Melilau mencari bayang-bayang
Bersama segunung rasa berbaur
Mahu sekali aku jamah wangi rindu itu
Biar kembali menggebu menguja jiwa


...................................................Engkaukah di situ, mencuri damai rasaku…???

No comments: