Mlm ni lepas selesai tarawih, terus pecut kecil kecil aku
ke Taman Sri Rampai, Jln Genting Klang. Ada janji dengan member2 nak ‘tala’
durian puas-puas sebab sebelum puasa tu ari rancangan untuk ‘makan besar’
tergendala berikutan ada yang tidak sihat (‘diharamkan’ makan durian Uolls, so
demi persahabatan kami tangguhkan… cewah!!!)
Sampai di gerai durian tepi jalan tu, kelibat Selipar
Jepun, Babun, Minah Leper, Sotong, Sakun dan Tiffah dah kelihatan. Wah, dari
jauh pun boleh dengar gelak besar mereka. Dan sampai2 je terus kena ‘basuh’
sebab lambat sampai…hehehe…!
Mari membasuh ‘kawan-kawan’...
Babun: Lu memang gitulah kan, suka lambat-lambat. Nak
bernanah bontot gua tunggu.
Aku: (Senyum…tak sempat nak membalas, Selipar Jepun yang
terkenal dengan mulut longkangnya dah menyampuk).
Selipar Jepun: Dah…dah…kami dah order mcm-mcm ni + durian 5
biji versi timbang. Yang jual 3 RM10 tu x marilah. Semua tu Lu kena settle eh.
Aku: Eh…wah…wah…ambil kesempatan ni. Gua bukan suka2 nak
datang lambat, tok imam baca surah panjang so lambatlah habis tarawihnya. Takde…takde…bayar sendiri.
Minah Leper: Ko ni mcm tak tahu budak berdua tu, suka paw
orang. (…dia tarik kerusi dari meja sebelah dan suruh saya duduk).
.....................
Minah Leper (sebab dia sangat slim) memang cool. Tiffah pulak, kalau siapa pandang muka dia sure jatuh cinta.
Tapi, apabila dia gelak…rasanya tak cukup tanah nak lari. Ngeri Uolls.
Sotong dan Sakun pulak mcm adik-beradik kembar. Semua nak share, tapi kami dah
buat kaji selidik mereka berdua bukan ‘skandal yang sesuatu’. Menariknya depa
ni, banyak betul stock gossip. Tiga mlm sembang pun tak susut stock gosipnya,
ada mcm-mcm versi. Petik saja, menggelupur depa bercerita.
Itulah kawan-kawan aku. Perangai sepelik nama panggilan,
tetapi hati banyak baik. Tak kira dalam apa situasi pun, mereka tak pernah
tinggalkan aku sendirian. Tak boleh datang lepak, mereka akan sms, call,
whatsapp atau chat di FB. Pendek kata, mereka adalah kawan susah dan senang.
Saling memahami sikap dan sifat antara kami. Bertahun bersahabat, mahalnya
nilai hubungan kami tiada taranya.
Waktu-waktu aku beremosi dek dirundung pelbagai masalah dan
tekanan, mereka muncul menceriakan jiwa. Dengan kata-kata semangat dan usik
nakal, hari-hari muram aku beransur ceria. Selipar Jepun dan Babun, memang
lebih rapat dengan aku dan dua jejaka segak bergaya juga duit berkepok2 tak
pernah habis ni juga pernah sound aku.
Selipar Jepun: Ko ni kalau ada problem suka diam ‘kan, apa
masalah ko tu cuba cerita kot-kot aku boleh
selesaikan.
Aku: Aku diam bersebab. Contohnya, kalau aku tengah marah
seseorang tu or kepala aku tengah gigih proses banyak benda so aku pilih diam
dalam zone aku… aku tak nak basuh orang, nanti sampai mati orang ingat apa aku
cakap. Tapi ada pulak, orang2 yang tak ada kena mengena dengan ‘diam’ aku tu
sentap. Menyibuk jugak la nak menyemakkan kepala otak aku.
Babun: Sentap kenapa?
Aku: Entah, orang lain makan cili dia pulak terasa pedas. Itu sangat pelik, dah selalu sangat jadi aku malas nak layan.
Selipar Jepun: Sapa tu?
Aku: Ada la sorang dua, ah tak penting pun mereka tu. Takat nak buat kawan huha huha bole la. Nak jadi sahabat tu jauh daging dari pemanggang.
Babun: Kan aku dah kata, ko mana sesuai berkawan dengan
perempuan. Perempuan ni cepat emo, benda takde hal pun nak ambil pot. Pastu
merajuk…macam tunang aku tu, sakan merajuk. Bila tanya kenapa, puncanya kecik
je sebab aku jarang sms dia.
Selipar Jepun: Betul aku setuju, kau tak sesuai ada kawan
perempuan. Sebab jiwa kau tu lebih kepada lelaki. Kasar, ganas dan ikut kepala
kau je kalau nak buat apa-apa. Perempuan tak suai ikut cara kau, sebab depa
mudah emosi. Bila dah emo, senanglah nak menyentap. Jadi aku nasihatkan ko, tak
payahlah nak berkawan sangat perempuan. Bolehlah kalau nak kawan-kawan biasa, nak close
macam kita-kita ni tak payahlah buat gaduh je.
Aku: Aku pun pikir mcm tu jugak. Kadang aku pelik, kenapa
depa suka nak menyentap. Padahal aku bukan buat apa-apa kat depa pun, jentik
buah pinggang depa lagi la tak. Tapi bila time baik tu, rasa nak masuk dalam
baju aku je. Order mcm-mcm, semua nak free. Maklumlah, tengah baikkan.
Selipar Jepun: Sebab ko sengal, baik tak bertempat! Orang
pernah layan kau mcm sampah pun ko still nak buat baik. Kalau aku, dah lama
cacat budak tu aku kerjakan.
Babun: Ha, itulah bezanya lelaki dan perempuan. Ko tu nampak
je kasar, tapi hati kapas! Mudah sangat maafkan orang.
Aku: Habis kau nak aku jadi macam mana?
Selipar Jepun: Ha…nanti kami ajar kau mcm mana nak buat.
Sekarang kau tak payah nak emo, tak payah layan orang yang nak menyentap dengan
kau. Buang masa, lagipun bukan penting pun depa tu dalam hidup kau yang meriah dengan kawan-kawan macam kami ni 'kan. So...Abaikan jek. Kata orang, ada tak untung xde pun tak rugi!!!
*p/s:...act byk sgt2 yang kami sembangkan. Tapi aku berhenti kat sini dulu. Nak layan game Candy Crush (sebab level seterusnya dah berjaya di unlock kan. Mekasih kepada kengkawan yang sudi tolong unlock ye).
No comments:
Post a Comment