Wan Maimunah kalau bawak watak airmata memang emo jadinya... |
“IBU dah lama tak dapat 'job'. Orang dah tak panggil ibu lagi...,” itulah luahan pelakon serba boleh yang terkenal dengan watak air mata, Wan Maimunah.
Menurut Wan Maimunah atau nama sebenarnya, Wan Maimunah Wan Abdul Aziz, dia sendiri tidak mengingati drama terakhirnya kerana sudah lama tidak dipanggil ke lokasi penggambaran.
“Ibu tak ingat drama terakhir ibu, tapi seingat ibu, memang dah lama lah tak berlakon. Ibu pun pelik, kenapa ibu tak dipanggil lagi. Mungkin produksi dah tak mahu khidmat ibu dan mungkin sudah ada pengganti.
“Ibu teringin nak berlakon lagi lagipun ibu masih boleh bekerja. Ibu masih boleh hafal skrip dan beraksi dengan jiwa seperti dahulu,” katanya yang pernah memenangi trofi, Artis Komedi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular (ABP) untuk lima tahun berturut-turut pada 1992 hingga 1996.
Enggan bergantung hidup kepada anak-anak, Wan Maimunah cuba mencari pendapatan sendiri dengan menjual pakaian wanita.
“Ibu sekarang ada buat perniagaan kecil-kecilan jual barang-barang wanita termasuk baju dan tudung. Nak jual kat pasar malam dan buka kedai, ibu tak mampu nak sediakan modal besar-besar. Jadi, ibu nak buka gerai depan rumah ibu saja. Bukan apa, meniaga ni, untuk sara makan minum ibu saja. Cukuplah sekadar ibu tak menyusahkan sesiapa,” katanya sebak.
Mengimbau kerjaya seni Wan Maimunah, pelakon ini mula menceburi bidang lakonan secara serius pada 1972. Sepanjang penglibatannya, dia pernah membintangi beberapa filem termasuk, Gentayangan, Puaka Tebing Biru, Cinta Luar Biasa, Soalnya Siapa, Anak Mami The Movie, Putih, Jimi Asmara, Interlud dan Wanita Bertudung Hitam.
Selain di pentas ABP, Wan Maimunah juga pernah menjulang trofi di Anugerah Skrin 2002 bagi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi dramanya, Rumah di Tengah Sawah. (Sumber: Sinar Harian)
No comments:
Post a Comment