Pada 1 sesi luahan rasa si teman:-
"...aku tak paham, aku cuma p minum aje dengan si Liza tu. Bukan ada apa-apa pun, takkan p minum pun lekat dosa! 'Segak' bukan main dia dok makin hamun aku, kata aku gatai nak berbini muda. Hish, pelik sungguh aku dengan kepala orang perempuan ni. Bab nak menuduh laki memang kreatif, kalau memasak tak pulak jadi kreatif. Asyik-asyik gulai kuning ikan kembung, sambal sardin, kari ayam...kangkung goreng. Sesekali kreatiflah sikit, takde 'lah laki boring hadap makanan sama atas meja!"
Aku sengih mendengar bebelan panjang Umbai Udin (errr...dia orang Melaka, pernah kerja di kedai ikan bakar kat Umbai...so lekatlah nama tu kat dia hehehe) yang datang ngeteh hujung minggu lepas. Mukanya kusut, nampak semak betul fikirannya...kesian!
Kata Umbai Udin, dia 'serabut perut' memikirkan sikap isterinya cemburu buta. Semakin hari, tambah menjadi-jadi perangainya. Mula-mula dia malas layan emosi isterinya itu, tapi kalau setiap hari diprovoc dengan ayat-ayat menyentap perasaan siapalah yang mampu sabar.
"...aku ni lelaki biasa aje, bukanlah wara' mana. Tapi insyaAllah, aku masih kenal dosa pahala. Aku masih sedar aku ni ada tanggungjawab, bagi aku setakat keluar minum dengan kawan-kawan apalah salahnya. Takkanlah sepanjang masa aku nak berkurung dalam rumah, kerja aku sibuk sepanjang hari...mengadap nak audit setiap hari pening kepala. Dia tahu apa, duduk rumah aje tak pening dengan kerja office!"
Emosi waras aku tersentap dengan perkataan, "Dia tahu apa, duduk rumah aje tak pening dengan kerja office!" Kenapa aku sentap? Aku geram apabila masih ada segelintir lelaki (suami) menyifatkan wanita tak bekerja dan duduk di rumah itu sebagai 'tak buat apa-apa'! Memasak, mengemas rumah, cuci pakaian, jaga anak, urus makan minum dan melayan suami itu masih dikatakan tak buat apa-apa? Hello!!!
Cuba baca catatan di bawah, aku jumpa di dalam fb. Aku setuju dengan hujah penulis (tak tahu siapa). Nah...baca, buat renungan bersama.
Berikut soalan dan jawapan antara suami (S) dan pakar psikologi (P):
P: Apa yang anda lakukan untuk hidup encik?
S: Saya bekerja sebagai Akauntan di Bank.
P: Isteri anda?
S: Beliau tidak berkerja. Dia suri rumah saja.
P: Siapa yang membuat sarapan pagi untuk keluarga anda pada waktu pagi?
S: Isteri saya, kerana dia tidak bekerja.
P: Jam berapa isteri bangun untuk membuat sarapan?
S: Dia bangun jam lima pagi kerana dia membersihkan rumah sebelum buat sarapan.
P: Bagaimana anak-anak anda pergi ke sekolah?
S: Isteri saya hantar mereka ke sekolah, kerana dia tidak bekerja.
P: Selepas mengantar anak-anak ke sekolah, apa lagi yang dia lakukan?
S: Dia pergi ke pasar, kemudian pulang untuk memasak dan mencuci pakaian. Anda tahu 'kan dia tidak berkerja.
P: Pada waktu malam, selepas anda pulang dari pejabat, apa yang anda lakukan?
S: Berehat, kerana saya kepenatan kerja seharian.
P: Apakah isteri anda lakukan itu?
S: Dia menyediakan makanan, melayan anak-anak kami, menyediakan makanan untuk saya dan membersihkan pinggan mangkuk, membersihkan rumah kemudian menidurkan anak-anak.
Daripada cerita di atas, 'bahagian' yang manakah anda berfikir lebih berkerja? Setiap hari, isteri anda bermula dari awal pagi hingga lewat malam...tetapi dipanggil ‘TIDAK BEKERJA’!
Hargailah isteri anda kerana pengorbanan mereka adalah tidak terkira nilainya. Ini harus menjadi peringatan dan renungan untuk semua bagi memahami serta menghargai setiap peranan orang lain. Memahami dan Menghargai antara satu sama lain akan membuat setiap orang berasa gembira.
Sabda Nabi Muhammad SAW:
“Tanggungjawab suami kepada isterinya adalah apabila kamu makan, hendaklah kamu beri makanan untuk isterimu. Apabila kamu memakai pakaian, kamu berikan pakaian untuk isterimu. Jangan kamu pukul isterimu pada bahagian muka. Jangan kamu keluarkan perkataan yang jahat di hadapannya iaitu perkataan yang menyakiti hati dan dibenci. Jangan kamu tinggalkan isterimu seorang diri kecuali di dalam rumah.” (Hadis riwayat Abu Daud)
Satu contoh petunjuk Rasul yang menggambarkan baginda beradab sopan bersama isteri baginda ialah hadis yang diriwayat oleh Ibn Abi Dunya, Saidatina Aisyah memberitahu bahawa:
“Segala urusan dan perlakuan Baginda amat menakjubkan, hingga ketika Baginda bersama isterinya pada suatu malam dan telah bersentuhan kulit, Baginda meminta izin dari isterinya Aisyah untuk beribadat menemui Tuhannya.”
Demikianlah adab Rasul bersama isteri baginda, meminta izin untuk meninggalkannya meskipun mahu bertemu Tuhan.
No comments:
Post a Comment