Dicelah kesibukan mengejar dan mengumpul bahan untuk
dateline (tinggal 3 hari jek lagi), aku dihantar bertugas ke luar KL. Walaupun
cuma ke Melaka (untuk cover event ‘Lux Sensational Fine Fragrance Media
Junket @ Casa Del Rio Hotel, Melaka pada 29-30 Ogos 2013'), tapi perasaan ‘ngeri’ (sebab takut
tak sempat proses bahan sebelum dateline menjadi deadline). Apa-apa pun, aku
cuba berbaik sangka dengan kemampuan diri sendiri. Jadi, aku gigih usung
laptop…konon2 nak menaip dalam bilik hotel nan selesa lagi gah tu hahhaa.
Sayangnya, seperti biasa semangat hanya tinggal ‘semangat’.
Muncul ‘semangat lain’ pulak sebaik saja menjejakkan kaki ke lobby hotel.
Mungkin sebab dah lama juga tidak ‘bekerja sambil makan angin’, jadi sesi
assignment outstation kali ini agak bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal.
Alhamdulillah, memang agak beruntung sebab dapat ‘bekerja
dalam mood’ dan tempat yang best. Apa tidaknya, penganjur manjakan media
jemputan dengan menyediakan penginapan, makanan dan layanan yang cukup
mengujakan.
Lokasi berlangsungnya Lux Sensational
Fine Fragrance Media Junket ni terletak di pinggir Sungai Melaka dengan
panorama cukup mendamaikan. Majlis juga dijalankan dalam suasana cukup santai dan mesra
media.
Selepas memanjakan diri di spa, kami bersiap ke acara minum petang sekali
gus sesi penerangan mengenai Lux Sensational Fine Fragrance Media Junket. Lebih
kurang jam 8.30 mlm, kami dibawa ke dewan khas untuk menikmati makan malam
bersama duta Lux, Nur Fazura (nanti saya update info mengenai Mandian bdan
Lux dengan wangian terbaik dan eksklusif yang direka pakar haruman terkenal
dunia ok).
Ok, nak cerita sikit pasal lokasi penginapan kami yang best
ni. Hotel Casa Del Rio Melaka ini menawarkan penginapan serba mewah dan
eksklusif sesuai dengan status hotel butik bertaraf lima bintang berkenaan
(terletak No.88 Jalan Kota Laksamana, Melaka yang mengadap panorama indah
Sungai Melaka penuh bersejarah).
Lebih menarik, hotel ini menampilkan ciri bangunan
berkonsep Mediterranean serta turut menggabungkan kehebatan sentuhan seni bina
Melaka, China, Arab, Portugis serta Belanda. Menurut beberapa sumber, kewujudan Casa Del Rio menjadi
ikon kebanggaan Melaka yang diletakkan di tangga ke 28 dari 45 tempat yang
mesti dilawati (menerusi The New Yorks Times 2012).
Sangat mengujakan aku apabila melangkah masuk ke Bar Rio,
River Cafe atau River Grill bagi menikmati sajian makan malam atau sekadar minum
petang dengan pelbagai pilihan menu antarabangsa atau tempatan.
Paling dikenang, apabila setiap wakil media disediakan
sebuah bilik penginapan serba mewah dengan panorama cukup indah (terutama pada
waktu malam ) dari jendela bilik yang menghadap sungai.
Bukan saja bilik penginapan yang cukup selesa, pilihan
makanan menyelerakan malah kami diberi peluang menikmati sejam rawatan urut
badan di Satkara Spa secara percuma. Sangat best, hokeh..
Tqvm Lux Melaka dan semua PR -Shirlyn, Angie dan lain-lain yang melayan kami dengan sangat mesra. Now...Uolls layan gambar ye (macam biasalahkan...hehehehe).
|
Bangunan yang tersergam tu Casa Del Rio |
|
Pemamdangan dari lobby hotel |
|
Pemandangan dari balkoni bilik saya |
|
Kata aluan daripada Pengurus Jenama (untuk) Pembersihan Kulit, Unilever Sdn Bhd, Tanya Teng |
|
Bengkel wangian eksklusif bersama media kelolaan Pengarah Wangian Global, Givaudan, David Boyd |
|
Bengkel wangian eksklusif Lux |
|
Persembahan pembukaan |
|
Pelancaran variasi mandian badan Lux bersama dutanya, Fazura |
|
Bergambar kenangan sebelum majlis bersurai |
|
Pose dengan Fazura...hehehee |
|
Sesi makan-makan |
|
Santai-santai sebelum teruskan kerja |
|
Meh manjakan diri...urut jangan tak urut |
|
Dalam hotel ada itik kuning yg cute ni...apa lagi ajak berendam bersama la |
|
Pencuci mulut...wow! |
|
Bergambar lagi sebelum berangkat balik ke KL. Tqvm #LUXMELAKA |
No comments:
Post a Comment