.

Sunday, September 8, 2013

Fezrul Khan + 'Jelatang' + 'Benci' = Unik...

Fezrul Khan (Foto kredit: Heyjoni)
Lama aku ‘perap’ cerita aktor bertubuh sasa ni, asyik bertanggung saja hehehe. Ok, now aku nak berkongsi sikit cerita mengenai pelakon berbakat, Fezrul Khan. Kenapa? Oh, sebab aku memang nak bercerita pasal dia 'lah. Hanya orang-orang dan cerita-cerita yang ‘menarik’ je yang kongsikan di sini…hehe…jangan emo ye ^_^

Oklah, nak cerita sikit sejarah ‘pengenalan’ aku dengan Fezrul ni. Act…aku mula ‘serius’ menonton lakonannya sejak drama berjudul “Jelatang” hasil pengarahan Adam Hamid, tak silap aku sekitar tahun 2007. Drama bersiri ni mengisahkan kisah cinta, kasih sayang seorang ibu dan dendam.



'Jelatang' team (Foto kredit: Google)
Kepincangan dalam keluarga Alima (lakonan Marisa Yasmin) terjadi apabila Suria (Intan Ladyana) jatuh cinta kepada bapa tirinya, Razlan (Fezrul Khan) selepas ibunya (Alima) menghalangnya mengahwini Zaid. Alima tidak bersetuju dengan pilihan Suria kerana Zaid anak kepada bekas teman lelaki yang pernah menodainya, tetapi Alima tidak berterus-terang mengenai sejarah hitamnya itu.

Razlan cuba memujuk Suria yang sedang bersedih tetapi akhinya mereka saling jatuh cinta lantaran Razlan tidak mendapat kepuasan batin daripada isterinya Alima yang 20 tahun lebih tua daripadanya.

Razlan dan Suria menjalinkan hubungan sulit tanpa pengetahuan Alima dan sudah jauh terpesong. Salman (Ryzal), anak lelaki Alima menghidu perbuatan sumbang mereka dan bersemuka dengan Razlan supaya meninggalkan perbuatan terkutuk itu namun, Razlan enggan sebaliknya mengugut akan menceraikan Alima kalau hal ini sampai ke pengetahuan ibunya itu.

Sejujurnya, aku geram dan tahap ‘benci’ dengan sikap Razlan dan Suria hingga terfikir bagaimana kalau kejadian ini memang ada berlaku dalam masyarakat kita (atau memang benar-benar berlaku)? Oh tidak, janganlah 'wujud' di alam nyata...sadis sangat pelakuan begitu.

Dek emosinya menghayati Jelatang, aku jadi ‘benci’ pada pelakonnya (Fezrul) hahahah! Bole gitu? Sejak itu juga aku mula alert dengan ‘kemunculannya’, mungkin sebab kualiti lakonan yang aku tonton buat kali pertama cukup ‘menangkap’ jadi berbekas di hati…wah gitu.

Suka dan banyak berfikir...
Juga buat kali pertamanya, aku berpeluang (selalunya asyik miss je) bertemu empat mata dengan Fezrul. ‘Orangnya’ seperti yang aku ‘gambarkan’, walaupun menekuni dunia glamor tetapi perwatakannya ‘jauh berbeza’. Oh…senang cakaplahkan… aku suka ‘tahap dan kualiti’ pemikirannya. Bagi aku, dia antara aktor Melayu yang bagus dan harus diberi perhatian.

Bertemu dengannya beberapa bulan lalu, (meskipun atas dasar kerja) turut memberi kesempatan kepada aku untuk lebih mengenalinya. Fezrul ni anak seni yang sangat penyabar dan sentiasa mahu belajar perkara baru. Walaupun sudah menjejakkan kaki dalam dunia lakonan sejak 2004, tetapi glamor dan populariti bukan misi utamanya.

Baginya, peluang dan rezeki yang datang untuk setiap orang itu berbeza. Apabila dapat, gunakanlah dengan sebaiknya. Jadi, tidak hairanlah biarpun berpengalaman hampir 10 tahun dalam bidang lakonan dan berada di zon selesa sebagai pelakon, dia sentiasa bersedia menerima teguran daripada mana-mana pihak demi memperbaiki kelemahan diri.

Saya boleh terima tetapi biarlah bersifat membina. Kritikan dan teguran sangat penting kalau mahu meningkatkan kualiti diri sekali gus berpeluang untuk isi mana-mana ruang yang kurang. Bagi saya, masih banyak lagi yang saya pelajari.” Begitu katanya sambil mengakui gemar berfikir. Sikapnya itu cukup ketara apabila membalas setiap soalan dengan pemberhentian masa beberapa detik sebelum menjawab…yup saya suka cara dia bersikap…nampak unik.

Oh ya, walaupun sibuk dengan jadual penggambaran, Fezrul aktif di belakang termasuk berjinak-jinak dalam perniagaan. Bernaung bawah syarikatnya, MRG Entertainment Sdn. Bhd., dia menawarkan khidmat sewa peralatan seperti lampu dan barang-barang untuk produksi.

Oklah, setakat ni saja perkongsian aku. Iya, saja suka-suka nak share dengan Uolls semua. Tak ada benda serius pun, mencatat apa yang aku teringin nak 'cakap' aje...LOL!

No comments: