Iya, aku bukanlah baik mana tetapi insyaAllah setakat ni
aku berpakaian ikut kesesuaian bidang kerja dan keadaan. Memang baju kurung
atau jubah bukan pilihan aku, hampir setiap hari aku berjeans, kardigan atau
jaket (apabila memadankan dengan baju T di dalam) tetapi seboleh mungkin aku jaga supaya penampilan tidak keterlaluan dan memalukan diri sendiri.
Tulisan ni bukan kerana aku dengki tgk mereka (yang aku maksudkan ‘krismas bergerak’ tu), cuma kalau nak bergaya tu biarlah sesuai
dengan pembawakan diri. Janganlah hanyut sangat dengan perkembangan fesyen yang
tak semuanya sesuai untuk kita ‘tudung’ atau ‘bungkus’. Paling penting, tahu mana
batas aurat kita. Kalau dah tersembul sana sini, sangat menyakitkan
pandangan.
Maniskan gaya Heliza ni... |
Seorang teman aku berbangsa cina (saya namakan dia ‘B’)
bertanya,
B: “Anis…orang tudung (bertudung) boleh pakai baju kain
belah ke?”
Aku: “Mana u tengok?”
B: “Tu, depan tengah ambil makanan. Baju dia cantik, tapi
kain belah sampai paha!
Aku: “Sebenarnya memang tak boleh, bila sudah belah sampai
nampak paha maksudnya sudah nampak aurat. Bagi wanita Islam, bahagian itu sepatutnya kena tutup
baik-baik, tak boleh kasi orang lain nampak terutama lelaki.
B: “Habis, kenapa dia pakai?”
Aku: (Angkat bahu)
B: Tak cantiklah, atas tutup tapi bawah buka!
Aku: (Sengih…aduh malunya!).
Begitulah salah satu senarionya, cara kita yang ‘salah
bergaya’ boleh buat bangsa lain salah faham dengan pegangan dan amalan kita
sebagai orang Islam. Dialog di atas bukan rekaan ye, kebetulan teman aku itu
memang ramai kawan Melayu dan dia cukup suka keluar makan juga melepak bersama
kawan-kawan Melayu. Makanan kegemarannya, Nasi Putih dibanjirkan dengan kuah
Asam Pedas berlauk Ayam Goreng (boleh dikatakan, menjadi makanan kemestiannya
apabila makan tengah hari atau sarapan).
Tidak dinafikan, hari ni banyak majalah-majalah dan
program tv berkaitan fesyen muslimah malah produknya pun pelbagai. Banyak juga
tip untuk mensuai padankan pakaian sesuai imej wanita muslimah. Sayangnya,
tidak semua tip, pilihan dan gayanya sesuai diadaptasi ke tubuh seorang wanita
muslimah.
Misalnya, memadankan legging dengan blaus lengan panjang
paras punggung, selendang lilit, gelang bertingkat dan wedges. Kenapa tidak
sesuai? Sebab legging itu menampakkan bentuk paha dan kaki.
Memadankan skinny jeans, skirt paras paha, blaus, selendang
lilit juga sandal. Tetap tidak sesuai, kenapa? Fikirlah sendiri, bayangkan atau
Google bagaimana rupa pemakainya.
Owh...fesyen apakah??? Gambar hiasa, sumber Google |
Iya, aku faham…muslimah juga mahu tampil moden. Dengan
alasan asal niat baik…Sorry ye, niat tidak pernah menghalalkan cara. Sejak
berkembangnya fesyen muslimah di Malaysia dan Indonesia, aku gemar Google
perkembangan fesyen di serata dunia dan dalam tinjauan rambang aku, masih
banyak gaya berfesyen yang menepati syariat boleh dicuba.
Gaya beini lebih manis... |
Aku harap, jangan ada yang terasa juga tersentap dengan
tulisan ini. Luahan dan tulisan aku ni pun ditujukan untuk peringatan diri
sendiri. Pesanan aku ni untuk kebaikan bersama berdasarkan apa yang aku tengok
setiap hari. Apatah lagi aku masih bergelut dengan rutin yang membabitkan
bidang fesyen, melihat sendiri prosesnya. Hurmmm…aku harap masih diberi ‘waktu’
untuk menjauhkan diri daripada semua ‘pekerjaan dan proses’ itu.
No comments:
Post a Comment