Baiklah, apa pun jawapan Uolls tak kisah. Mungkin ada yang kata pernah, juga tidak. Hari ni aku saja nak bercerita pengalaman bertemu, berkawan dan berurusan dengan orang-orang begini (orang berkepentingan).
Sebenarnya (berdasarkan pengalaman), mereka yang bersikap begini sukar dikesan hingga kita terkena 'penangannya'. Senang cakap, secara luarannya memang kita tak boleh 'cam'. Ok aku berikan contoh;
Kes 1:
Mat Dol Janggut Sejemput (seorang teman lama aku) tiba-tiba hubungi aku, katanya kagum kerana aku bekerja di sebuah penerbitan terkenal juga menjadi penulis di sebuah majalah yang sangat dikagumi. Bertimbun-timbun pujiannya pada majalah tempat aku bekerja.
Beberapa hari kemudian, Mat Dol Janggut Sejemput ajak aku ngeteh. Katanya saja nak lepak-lepak, dek aku memang dah lama tak jumpa dia dan juga kagum dengan semangatnya yang sanggup berhabis berpuluh ribu (katanya) demi nak mencari ilmu serta pengalaman di luar negara. Lalu, akua akur. Lagipun, jumpa lepas waktu kerja. So, setlah kan.
Dalam pertemuan pertama kami (selepas berbelas tahun tak jumpa), banyak yang disembangkan. Kebetulan juga dia sangatlah peramah. Sampai berebut-rebut nak bercakap, lastnya aku diam dan dengar sembangnya.
Dihujung-hujung sesi sembang, Mat Dol Janggut Sejemput berkata..."Dengan ilmu dan pengalaman yang aku ada ni, insyaAllah aku boleh tolong mantapkan lagi majalah korang. Banyak idea dalam kepala aku ni, itu pun kalau korang nak guna. Aku tak kisah, tak rugi apa-apa pun. Tak payah bayar aku apa-apa, bagi aku ruang untuk share ilmu aku ni dengan pembaca korang." Begitu katanya. aku diam dan senyum. Lagipun, aku bukan decision maker yang ada kuasa bercakap Yes or No.
Selepas seminggu, Mat Dol Janggut Sejemput sms aku. Dia bertanya mengenai cadangannya, aku masih tak boleh beri jawapan. Kebetulan, aku sibuk dengan assignment dan shooting. Hari-hari keluar masuk office sekejap saja, tak sempat bercakap dengan bos saya pasal hal itu. "Nanti aku tanya bos macam mana, sehari dua lagi aku call balik." Begitu janji aku.
Masuk hari kedua, sebelum pun sempat aku call dia semua, Mat Dol Janggut Sejemput call aku. Katanya nak datang singgah ke office, kebetulan ada hal di Putrajaya dan melalui kawasan office aku. Memandangkan memang aku dah beritahu bos pasal cadangannya itu, jadi aku suruh dia jumpa bos sendiri. Cakap sendiri, lebih mudah. Aku sekadar memberi laluan untuk bertemu bos aku.
Satu jam selepas bertemu bos aku, dia call dengan suara gembira (ketika itu aku keluar sebab ada assignment fashion shoot). "Beb, thanks. Bos kau setuju bagi aku satu ruangan. Dia bagi aku try enam bulan, kalau ok dia sambung sampai setahun. Huh...thanks sangat-sangat, Beb. Kalau tak ada kau, tentu susah aku nak masuk sini (majalah)."
Iya, sangat beria-ia Mat Dol Janggut Sejemput mengucap terima kasih. Hati aku juga berbunga gembira (berdasarkan bukti-bukti yang dibawa waktu bertemu dulu memang nampak dia sangat berpengalaman dan berbakat) sebab ada orang nak bagi ilmu free kepada pembaca majalah aku.
Masuk lima bulan mengendalikan ruangan yang diberi dan bonus terbit 1 buku khas hasil kerja dia, Mat Dol Janggut Sejemput tiba-tiba ghaib (sepanjang tempoh itu hubungan dan cara kerja kami sangat baik, penuh dengan gelak ketawa, berkongsi idea dan nasihat malah dia kerap datang ngeteh bersama aku juga teman sepejabat).
Memang panik sebab bos dah setuju nak teruskan sampai setahun. Sedangkan dia lesap entah ke mana tanpa khabar berita. Malah di fb dia block aku dan whatsapp pula tiada respond. Terfikir juga, mungkin aku ada silap cakap...lalu aku semak semula sesi sembang kami yang terakhir (melalui whatsapp), memang tiada apa-apa dialog daripada aku yang membolehkan dia SENTAP!
Serius, perbuatannya itu membuatkan aku sangat-sangat 'sentip'! Aku cuba beralah, aku hantar whatsapp mohon maaf kalau ada silap (tak tahu kenapa aku buat macam tu, bodoh sangat rasanya). Tapi dia tak layan, call tak jawab...pendek kata tiada cara nak menghubunginya (masalah sampai tulisan ini dipost, aku masih gagal mengesannya. 'Kehilangan' Mat Dol Janggut Sejemput sangat misteri). Ya Allah...hangin satu badan dibuatnya.
Aku tak kisah kalau dia mahu berhenti mengelolakan ruangan yang dimintanya sendiri. Tapi, beritahu dengan berhemah. Kenapa mesti 'lari'? Aku memang tak mengharapkan apa-apa balasan daripada 'jalan dan peluang' yang aku buka untuknya. Aku sekadar nak membantu, kebetulan dia memang ada kemahiran itu.
Sungguh, tak terfikir langsung dia akan buat aku dan bos aku begitu. Kami masih tertanya-tanya kenapa dan mengapa. Sangat TIDAK BERADAP! Ibarat, orang bagi nasi dibalas dengan TAHI! Oh aku lupa, lumrah sikap orang Melayu...MUDAH LUPA!
Apap-apa pun, aku percaya. Disebalik semua ini pasti ada hikmah daripadaNya dikemudian hari. Aku redha dan pasrah, tapi insyaAllah kalau suatu hari nanti ditakdirkan dia tiba-tiba MUNCUL tahulah aku nak MENGAJARNYA...hehehe!
...sampai di sini dulu ye kawan-kawan, aku akan sambung part 2 esok atau hari lain (bergantung pada tahap kerajinan aku hahahai). Now, baking time. Order untuk My "Miss Red Velvet Cake with Creamcheese dah penuh list, esok nak cod ke kawasan sekitar rumah. Thanks Ya Allah atas nikmat, rahmat dan kasih sayangMu. Syukur dengan sangat, Alhamdulillah *_*
No comments:
Post a Comment