Hope, dengan suara dan tindakan KJ ini mendapat reaksi positif daripada pemimpin negara kita. Iya 'lah, laporan sudah keluar tak'kan nak 'diamkan' saja! Kenalah ada maklum balas dan tindakan susulan, jangan biarkan rakyat 'terus marah' dan buat pelbagai spekulasi yang boleh merosakkan kestabilan negara. Janganlah biarkan kepercayaan rakyat ditimbus hal-hal 'busuk' seperti ini.
Ok, ikuti kenyataan KJ daripada sumber berita Sinar Harian. Tahniah Sinar Harian kerana telus menyampaikan berita terkini tanpa 'bias' kepada mana-mana pihak. Alhamdulillah.
"Kita tidak boleh lari dari tanggungjawab dan amanah," tegas KJ |
Laporan Audit: Pemimpin jangan bisu, kata KJ
SHAH ALAM - Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, hari ini menegaskan pemimpin – pemimpin kerajaan perlu bertanggungjawab terhadap pendedahan dalam laporan Ketua Audit Negara.
Jelas Khairy beliau memandang serius pendedahan dalam Laporan Ketua Audit Negara tersebut.
“Jika kita serius melakukan transformasi kearah kerajaan yang lebih telus dan amanah, laporan tersebut tidak boleh diketepikan. Rakyat tidak mahu melihat pemimpin-pemimpin kerajaan membisu tentang laporan ini,” katanya memetik kenyataannya di laman mikro Facebooknya.
Menyentuh perkara yang sama Khairy turut menegaskan beliau juga turut bertanggungjawab terhadap perbelanjaan di Kementerian Belia dan Sukan (KBS),walaupun sebelum baliau dilantik sebagai Menteri di Kementerian tersebut.
“Saya juga tidak boleh menggunakan alasan bahawa laporan ini adalah tentang perbelanjaan di KBS sebelum saya dilantik sebagai menteri. Prinsip kebertanggungjawaban bersama atau ‘collective responsibility’ bermakna saya mesti menjawab dan bertindak ke atas apa yang berlaku dalam kementerian saya. Kita tidak boleh lari dari tanggungjawab dan amanah,” tegasnya.
Manakala menyentuh mengenai kes ‘claim’ kerja yang dibayar oleh Majlis Belia Malaysia dimana pembayaran untuk kerja yang sama dibuat beberapa kali, katanya pihak SPRM telahpun menjalankan siasatan dan beliau diberitahu siasatan tersebut sudah sampaidi peringkat terakhir.
Sementara menyentuh mengenai konsert K-pop di sambutan Hari Belia 2012 yang mendapat perhatian orang ramai baginya memang betul konsert itu dibiayai oleh KBS.
“Kenyataan awal bahawa konsert itu ditaja oleh pihak swasta dibuat kerana pada ketika itu ada tawaran dari pihak swasta untuk menaja aktiviti tersebut. Namun, tajaan itu akhirnya tidak diberi dan KBS terpaksa tanggung pembayaran untuk konsert K-pop di Hari Belia 2012. Untuk makluman, acara konsert K-pop dibatalkan untuk Hari Belia 2013,”katanya.
Sehubungan itu menurut Khairy,KBS akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan ketirisan dan kepincangan dapat diatasi.
“Dana karajaan adalah wang rakyat. Kita mesti ‘accountable’ pada setiap sen yang dibelanjakan,” tegasnya. (Sumber: Sinar Harian)
*ps:..yb KJ, anda 'hensem' hari ni hehehe
No comments:
Post a Comment