Kholidi Asadil Alam |
Bukan sekali aku diserang ‘demam KCB’, sering kali berlaku
apatah lagi apabila kebosanan, stress atau rasa sangat down dengan
pelbagai masalah. Menonton KCB (Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2) membuat aku kembali bersemangat menjalani hidup. Agak keterlaluan barangkali, tetapi harus aku akui dua filem ini sangat memotivasi semangat dalam diri aku.
Sejujurnya, memang minat aku lebih ‘berkiblatkan’ karya
dari negara seberang termasuk novel, muzik juga filem. Bagi aku, karya
mereka lebih matang, berisi, pelbagai dan kreatif (tetapi harus juga aku akui, bukan
semua karya mereka berhasil menambat cita rasa seni aku).
Mungkin juga kerana saya pernah bekerja dan sering kali berulang-alik ke sana, membuat aku selesa serta mudah
menerima karya mereka (sekali lagi, pastinya bukan semua tetapi mungkin rezeki aku, kebanyakan 'karya' mereka yang aku jumpa - sama ada baca, dengar atau lihat- berjaya
meraih minat aku).
Biarpun dibarisi nama baru, namun persembahan mereka sangat menyerlah. |
Sama seperti KCB, aku berpeluang menontonnya (sebelumnya aku pernah berpeluang menonton filem Ayar-Ayat Cinta pada hari ketiga tayangannya) di salah
sebuah panggung di daerah Cibubur, Jakarta Timur, Indonesia. Kebetulan ketika
itu aku ada urusan dengan seorang teman di sana, jadi aku ambil kesempatan itu untuk menonton karya penuh jiwa keagamaan ini.
Sambutan rakyat Indonesia (terutama sekitar Cibubur itu) kepada filem bergenre keagamaan sangat luar biasa. Buktinya, aku terlepas dua waktu tayangan kerana tiket habis dijual. Keadaan itu membuat aku semakin teruja untuk menonton KCB dan sanggup menunggu berjam-jam untuk mendapat tiket dengan tempat duduk ‘strategik’ (iaitu di tengah-tengah panggung).
Sambutan rakyat Indonesia (terutama sekitar Cibubur itu) kepada filem bergenre keagamaan sangat luar biasa. Buktinya, aku terlepas dua waktu tayangan kerana tiket habis dijual. Keadaan itu membuat aku semakin teruja untuk menonton KCB dan sanggup menunggu berjam-jam untuk mendapat tiket dengan tempat duduk ‘strategik’ (iaitu di tengah-tengah panggung).
Selepas menontonnya, aku sangat puas hati. Satu
kepuasan yang luar biasa, pemerannya walaupun masih baru dan kurang pengalaman
namun berjaya menghayati watak dengan baik. Sebagai orang baru, pemegang watak
utama Kholidi Asadil Alam (Mas Azam) berjaya menonjolkan dirinya.
Pemegang watak utama, Kholidi Asadil Alam ( Khairul Azzam- Mas Azam) & Oki Setiana Dewi (Anna-Anna Althafunnisa) |
Itu sejarah perkenalan saya dengan Kholidi Asadil Alam
sekitar tahun 2009 dan untuk KBC 2 aku hanya berpeluang menontonnya menerusi Youtube saja. Apa-apa pun, aku puas hati dan hingga kini hati aku masih terpaut dengan bakatnya juga Oki Setiana Dewi (selaku heroinnya), aku
kira ramai juga berperasaan sama…mungkin?
Oh kenapa aku tiba-tiba bercerita mengenai Kholidi Asadil
Alam? Tadi, waktu makan tengah hari aku terpandang akhbar Utusan Malaysia
(yang dibaca seorang pelanggan), pada helaian belakang akhbar itu terpampang
wajah Kholidi Asadil Alam. Terus hati saya menjerit (dalam hati aje), “Eh Mas Azam di dalam koran (akhbar) Malaysia!”
Lama aku menunggu giliran untuk membaca akhbar berkenaan,
sayangnya hingga pinggan kering pelanggan itu belum habis membacanya. Ah…kecewa!
Masuk ke pejabat, saya terus buka website Utusan…hehehe!
Aka sharekan perkembangan terbaru ‘Mas Azam’ di sini (aku copy and paste, gambar saja ditukar untuk mencantikkan blog aku ni hahaha). Oh...sebelum baca beritanya, aku mahu share kata-kata 'Mas Azam' dalam KCB 1. Masih terngiang-ngian dalam ingatan, menyihir hingga kini. Nah, ini dia...;
Aka sharekan perkembangan terbaru ‘Mas Azam’ di sini (aku copy and paste, gambar saja ditukar untuk mencantikkan blog aku ni hahaha). Oh...sebelum baca beritanya, aku mahu share kata-kata 'Mas Azam' dalam KCB 1. Masih terngiang-ngian dalam ingatan, menyihir hingga kini. Nah, ini dia...;
("Saya juga memiliki prinsip. Prinsip hidup. Prinsip hidup Saya itu saya dasarkan pada Islam. Sebab saya paling yakin dengan ajaran Islam. Di antara ajaran Islam yang saya yakini adalah ajaran tentang menjaga kesucian. Kesucian lahir dan kesucian batin. Kenapa dalam buku-buku fikih pelajaran pertama pasti tentang thaharah. Tentang bersuci. Adalah agar pemeluk Islam senantiasa menjaga kesuciar lahir dan batin. Di antara kesucian-kesucian yang dijaga oleh Islam adalah kesucian hubungan antara pria dan wanita. Islam sama sekali tidak membolehkan ada persentuhan intim antara pria dan wanita kecuali itu adalah suami isteri yang sah. Dan ciuman gaya Prancis itu bagi saya sudah termasuk kalegori sentuhan sangat intim. Yang dalam Islam tidak boleh dilakukan kecuali oleh pasangan suami isteri. Ini demi menjaga kesucian. Kesucian kaum pria dan kaum wanita..
"Ketika saya mengatakan bahwa jika sampai saya melakukan ciuman itu dengan wanita yang tidak halal bagi saya, maka saya telah menodai kesucian saya sendiri dan menodai kesucian wanita itu. Dan itu bagi saya adalah suatu musibah yang luar biasa besarnya. Saya telah kehilangan kesucian bibir saya. Tidak hanya itu, saya juga kehilangan kesucian jiwa saya. Jiwa saya telah terkotori oleh dosa yang entah bagaimana cara menghapusnya. Jika bibir ini kotor oleh gincu bisa dibersihkan dengar air atau yang lainnya. Tapi jika terkotori oleh bibir yang tidak halal, kotor yang tidak tampak bagaimana cara membersihkannya. Meskipun bisa beristighfar, meminta ampun kepada Allah tetap saja bibir ini pernah kotor, pernah ternoda, pernah melakukan dosa yang menjijikkan. Saya tidak mau melakukan hal itu. Saya ingin menjaga kesucian diri saya seluruhnya. Saya ingin menghadiahkan kesucian ini kepada isteri saya kelak. Biar dialah yang menyentuhnya pertama kali. Biar dialah yang akan mewangikan jiwa dan raga ini dengan sentuhan-sentuhan yang mendatangkan pahala."
"Itulah prinsip yang caya yakini. Mungkin saya akan dikatakan pemuda kolot. Pemuda primitif. Pemuda kampungan. Pemuda tidak tahu perkembangan dan lain sebagainya. Tapi saya tidak peduli. Saya bahagia dengan apa yang saya yakini kebenarannya. Dan saya yakin Mbak Eliana yang pernah belajar di negeri yang mengagungkan kebebasan berpendapat itu akan bisa menghargai pendapat saya.")
Ni pulak petikan daripada Utusan online:-
Bukan kejar glamour
Bukan kejar glamour
Melihat kembali filem daripada seberang berjudul Ketika
Cinta Bertasbih, ramai yang terpaut dengan teraju utamanya, Kholidi Asadil Alam
atau lebih dikenali dengan nama wataknya, Mas Azam.
Agak sukar untuk melihat seorang ustaz beraksi sebagai
teraju utama tetapi itulah yang dipikul oleh Kholidi demi menyebarkan dakwah
Islam melalui platform perfileman. Lelaki ini merasa dirinya bertuah kerana dalam sesi ujibakat
untuk teraju utama itu, dia dipilih daripada tujuh ribu orang yang hadir ketika
itu.
"Ketika itu, saya diuji dalam pelbagai sudut termasuk
membaca Al-Quran, berbahasa Arab, pengetahuan mengenai Islam dan juga berbahasa
Jawa kerana watak itu berasal dari Jawa. Saya bersyukur kerana sebelum ini saya
memang berasal daripada keluarga yang mendalami ilmu agama. Malah keluarga saya
sendiri mempunyai sebuah sekolah pondok," katanya.
Daripada seorang yang bergelar ustaz, beralih ke dunia
lakonan, ternyata bukan populariti yang dikejar Kholidi. Sebaliknya, lelaki ini melihat filem sebagai salah satu
platform untuk dia menyebarkan dakwah agama secara lebih jujur selain mudah
sampai kepada khalayak penonton.
"Walau apa pun pekerjaan yang kita lakukan, yang
penting adalah niat. Niat itu perlu baik dalam melakukan apa sahaja kerja.
Seperti juga lakonan, saya melihat filem adalah satu platform yang mempunyai
pengaruh yang tinggi terutamanya kepada golongan muda. Menyampaikan ilmu agama
di dalam medium filem seperti lebih mudah untuk sampai kepada khalayak orang muda,"
jelasnya.
Tambahnya, dia bersyukur kerana perjalanan untuk berdakwah
menerusi cabang perfileman dipermudahkan dengan keizinan Allah S.W.T.
"Ada juga aktor-aktor hebat yang turut bersama dengan
saya semasa sesi uji bakat tetapi syukur, saya yang terpilih untuk membawa
watak itu."
Ketika sesi uji bakat itu, sama sekali saya tidak memikirkan
untuk menjadi seorang pelakon yang terkenal atau sebagainya.
"Apa yang saya tahu ketika itu hanya mahu menjalankan
tugas sebagai seorang khalifah untuk menyebarkan dakwah dan syiar
Islam,"jelasnya.
Tambahnya, dia gembira kerana filem-filem berbentuk
keagamaan dan kerohanian sudah semakin banyak dan mendapat sambutan di kalangan
penonton.
Berbicara lebih lanjut mengenai industri perfileman dalam
genre keagamaan khususnya, Kholidi menyatakan rasa sukacita kerana ia semakin
mendapat perhatian hebat. Ini lebih memudahkan karya-karya bercorak keagamaan
untuk menembusi pasaran berdasarkan sambutan yang diberikan masyarakat hari
ini.
"Alhamdulillah, filem-filem berbentuk keagamaan ini
semakin mendapat sambutan dan ia sesuatu yang baik di kalangan masyarakat.
Dakwah melalui filem ini memang penting kerana kuncinya ialah untuk menarik
penonton kembali ke jalan yang direda Allah."
Tambahan pula, kebanyakan penonton yang hadir ke panggung
terdiri daripada golongan muda dan itu lebih baik agar golongan muda sentiasa
peka dengan ajaran Islam," jelasnya.
Namun, dalam kegembiraan itu, masih terselit rasa duka bila
berbicara mengenai perkembangan filem berbentuk keagamaan pada mimik wajahnya.
Ini kerana, dalam alam realiti, seharusnya pembawa karektor keagamaan itu
sendiri lebih menghayati ajaran agama dan berusaha untuk menjauhkan diri
daripada anasir tidak sihat.
"Saya sedikit kesal, walaupun filem-filem keagamaan
semakin mendapat sambutan, namun penglibatan aktor kita memang
menyedihkan.Mereka melakonkan watak seorang ustaz atau imam di dalam filem,
tetapi sayangnya, watak yang baik dan dipuji Tuhan itu hanya kekal di dalam
filem sahaja."
Hakikatnya setelah habis pengambaran, watak itu hilang dan
mereka kembali bersosial dengan cara barat dan itu yang menyedihkan saya.
"Begitu juga dengan aktres terutamanya yang membawakan
watak wanita bertudung. Hanya di skrin sahaja tetapi di luar, tudung pun
hilang. Ia sesuatu yang tidak seharusnya berlaku kerana kita bukan sahaja perlu
berdakwah di dalam karya, tetapi juga di alam realiti, " katanya dengan
nada sarat kecewa.
Dalam nada kesah itu, Kholidi sentiasa berdoa semoga makin
ramai pelakon yang berhijrah supaya lebih dekat dengan Allah S.W.T. baik di
dalam mahupun diluar media filem. Tambah Kholidi, kebanyakan pelakon lebih gemar tampil dengan
imej barat adalah kerana khuatir dengan rezeki yang bakal berkurangan jika
menampilkan imej Islam.
"Ramai yang takut. Satu adalah kerana khuatir mereka
bimbang rezeki akan berkurangan. Sepatutnya mereka sedar, rezeki adalah
kurniaan daripada Tuhan dan jangan khuatir dengan imej Islam kerana rezeki
tidak akan berkurang," tambahnya.
Jelas Kholidi lagi, selepas dia membintangi filem Ketika
Cinta Bertasbih, rezekinya semakin bertambah sehingga dipelawa ke negara luar,
termasuk ke Hong Kong."
Bukan sahaja Hong Kong, malah, banyak negara yang saya sudah
lawati di Asia Tenggara termasuk di negeri Kelantan untuk menyampaikan ceramah
agama. Rezeki semakin luas dengan pendekatan ini," ujarnya.
Kelibat Kholidi sewaktu menyampaikan puisi sempena majlis
ulang tahun ke tiga stesen televisyen TV Al-Hijrah mengundang tanda tanya. Tanda tanya seperti adakah dia akan bersama dengan stesen tersebut
dalam program-program keagamaan yang yang terdapat di stesen itu.
Menurut Kholidi, dia ada berbincang dengan penerbit untuk
bekerjasama dan mungkin menjadi pengacara di stesen tersebut.
"Selain daripada berlakon, memang saya meminati bidang
pengacaraan dan bercita-cita mahu menjadi seorang pengacara," jelasnya.
Menurut Kholidi lagi, dia ada berbincang dengan penerbit
stesen itu untuk tentang program makanan berunsur Islam.
"Di Malaysia ini, agama Islamnya sangat kuat dan
makanannya juga menarik dan sedap untuk di makan. Lagipun, makanan halal ini sememangnya tinggi dengan khasiat
dan itu yang ingin kita paparkan kepada masyakarat," jelasnya.(Sumber berita: Utusan Online)
*p/s:...maaf, agak panjang entry aku kali ini. Silalah maafkan aku ye, al-maklumlah aku sedang 'dirasuk' 'Mas Azam' ku ini hahahah.
No comments:
Post a Comment