Tengoklah, betapa lakunya buku ini sampai ada dilist 'MPH Weekly Bestsellers' |
Sepanjang mengikuti tulisan Nazali Noor di 'Muka Buku', aku menjadi teruja untuk memiliki karya sulungnya itu. Apa yang menarik sangat mengenai buku UYDL ni? Tunggulah aku habis baca ye, lepas khatam nanti aku komen apakah 'mesej' yang mahu di sampaikan menerusi buku ini 'sampai' ke jiwa dan fikiran aku. InsyaAllah, aku kira hasilnya pasti memuaskan kalau tidak mana mungkin penulisnya berani menulis, bukan!
Oh ya, aku berjaya beli buku ni di toko buku MPH di Wangsa Maju. Stock baru sampai, belum didaftar dalam list terima (oleh pekerja di toko itu). Aku terus gegar, tak mahu tunggu lama nak bungkus plastik bagai hingga adik yang comel lagi baik hati di toko itu berkata, "Kak, hari ni hari tanpa plastik. Meh la saya balut buku ni dulu, nanti tak kotor...kena air ke."
Urat kepala aku bagaikan dijentik kasar, eh betul jugak kata adik manis tu. Kalaulah terkena air ke or kotor, habislah buku UYDL ni. Lalu saya serahkan buku berkulit merah menyala itu untuk dibalut. Hehehe...buruk perangai bila tak reti nak bersabar ye. Hahahaha!
Akhirnya Ulu Yam Di Liverpool boleh aku baca sepuas hati hehehe...tahniah Abang Nazali Noor. |
No comments:
Post a Comment