Okeh, aku nak sambung 'perkisahan semlm' ^_^
Kes 2:
Membabitkan seorang teman (antara kelompok kawan), kami tidaklah begitu close dan tak juga 'jauh'. Kiranya sedang-sedang aje. Dari segi perwatakan, memang aku kalah habislah sebab dia nampak lebih wara'. Lain-lain, aku masih byk 'bonusnya'...hehehe.
Sebenarnya, daripada awal lagi (berdasarkan sikap dan cara dia bersikap) aku dapat rasa kami susah nak 'masuk'. Antara yang aku kurang berkenan mengenai sikapnya, dia jenis yang 'terlalu berterus-terang' hingga boleh mengaibkan orang. Aku tak ada masalah dengan sikapnya yang gemar berterus-terang itu, tapi janganlah di depan orang lain. Tegur, kritik dan nasihat secara berhemah. Ada beberapa kali saya 'sound' dia (ala-ala manja je pun), tapi dia dah sentap. Misalnya;
Aku: Kenapa tegur Cik Ah* macam tu, cakaplah bila berdua aje.
Dia: Eh, saya cakap benda yang betul. Saya tak retilah nak hipokrit2 ni!
Aku: Kalau kamu rasa betul sekalipun, tak payahlah nak sound di depan orang lain...'kan malu dia.
Dia: Kalau tak tegur nanti dia tak tahu, apa gunanya kawan kalau tak tegur kawan!
Aku: Tak salah menegur, tapi ada cara dan bahasanya. Cara dan bahasa yang kamu gunakan tadi 'over', mengaibkan dia. Kalau kamu tegur dia berdua saja tak apa, kesian dia tadi.
Dia: Lain orang lain cara...(mood sentap...dia terus diam selepas itu...diam hingga beberapa minggu!)
Iya, aku percaya...setiap orang ada cara dan bahasa sendiri dalam bersikap. Bagi aku (sepanjang mengenalinya), dia juga bukanlah betul mana pun. Bengkang bengkok di sana sini, cuma orang tak kuasa nak tegur sebab malas nak melayan 'suara puakanya' tu...(eh...bukan ini yang aku nak cerita, ada hal lain dibuatnya sampai aku buat keputusan 'membuangnya' daripada 'kotak fikiran' aku).
Betullah, setiap orang ada kelemahannya aku juga tidak terkecuali. Kelemahan paling ketara, aku jenis 'DIAM' kalau sangat marah dan tak pandai 'BERLAKON' berwajah 'COOL' apabila banyak benda nak fikir (tengah serius fikir).
Aku akan berada dalam 'zone' itu untuk beberapa jam atau sampai perasaan marah juga serius itu beransur reda. Alasan aku, tak mahu ada orang terkena 'TEMPIAS' marah dan keserabutan aku tu. Aku paling takut, tercakap atau tersebut sesuatu yang boleh membuat orang itu ingat perkataan aku sampai 'MATI'. Biasalah...hati tengah panas, emosi sukar dikawalkan. Jadi, aku pilih berdiam diri seketika...sekejap saja...beri aku ruang 'MELEGAKAN DIRI'
Malangnya, ada seorang dua di sekeliling aku (yang bukan baru 2 hari kenal aku) masih tak faham keadaan itu. Oklah...aku tak kisah pun kalau mereka tak nak faham keadaan aku, termasuklah 'Cik Kak Bersuara Puaka' itu. Byk kali juga kami berada dalam zone 'buat hal sendiri', dia mungkin menyampah tgk aku 'diam' dan aku pulak 'sangat menyampah' sebab dia 'suka menyentap' tak tentu pasal (walhal tiada kena mengena dengan hidup mati dia pun, pendek kata aku tak jentik pun buang pinggang dia! Nah hashtag #akuyangdiamkoyangsentapdahkenapa!).
Biasanya, apabila dalam keadaan mcm tu aku akan mengalah dulu. Kalau tunggu dia, memang taklah sebab dia jenis 'suka membesarkan egonya'dan biar tinggi menggapai awan macam menara KLCC! Aku tak pasti teman2nya yang lain, tapi itu yang aku kenal mengenai sikapnya termasuk dengan famili dia sendiri.
Bagaimanapun, berlaku keanehan apabila tiba-tiba aku terima sms daripadanya (ketika itu agak lama jugak kami tak bercakap). Dia tanya, aku ada marah dia ke? Dia minta maaf sebab tak bertegur sapa dengan aku dan yang lucunya, dalam sms sama bertanyakan janji saya kepadanya. Katanya, apakah 'janji' itu akan tetap aku tunaikan dan dia berharap aku masih 'setia' pada 'janji' itu?
Aku ketawa besar (dalam hati) ketika membaca dan mentafsir sms itu. Perkara yang melucukan aku adalah...dia sanggup merendahkan 'EGONYA' demi kepentingan 'JANJI' yang dibuat sebelum itu. Oh dia mungkin belum cukup kenal dan faham perangai aku, aku ni kalau sudah terlanjur 'BERJANJI' insyaAllah pasti ditunaikan kecuali atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Hubungan kami 'OK' selepas sesi sms itu dan aku siap berpesan kepadanya. Bunyinya begini, "Lain kali, janganlah cepat nak sentap sangat. Tak tahu tanya, tak pasti jangan meneka dalam kesamaran. Kalau sesuatu itu tiada kaitan dengan diri sendiri, jangan sekali-kali nak menyentap tak tentu pasal." Aku serius memaksudkan kata-kata itu dan besar harapan aku agar dia benar-benar 'FAHAM'.
Diringkaskan ceritalah kan, hubungan 'ok' kami tu berjalan baik untuk beberapa bulan dan aku sudah pun melangsaikan 'janji' saya kepadanya. Tak sampai seminggu, dia kembali 'MENYENTAP' tanpa sebab. OMG...masih tak faham rupanya dengan apa yang pernah aku perkatakan sebelum itu. Kali ini, respond sentapnya agak lain macam. Dia buat aku macam 'halimunan' dan aku pulak sudah sampai tahap 'LANTAK KAU 'LAH CIK TIPAH'!
Serius, aku dah muak layan perangai dia yang kurang cerdik dan senteng itu. Cara dia bersikap, seolah-olah dia tak kenal aku (oh ye dah sebut tadi...mcm halimunan). Aku tidak berharap dia datang 'menyembah kaki' aku, cuma sebelum nak sentap tu boleh buat SIDANG AKHBAR' dulu tak? Kalau ada terasa dengan sikap aku, cakap. Kalau tak puas hati dengan aku pun kena cakap, bukan main sentap2 lepas tu bertebar gosip sana sini.
Apa-apa pun, aku tak menyesal kerana telah menunaikan 'janji' aku kepadanya....insyaAllah, aku buat kerana seorang yang aku anggap kawan. Cuma, ralat dengan sikapnya yang 'berkepentingan' itu. Apabila 'TIADA LAGI KEPENTINGAN' maka terpelantinglah 'benda-benda yang dirasa tak penting' untuk dirinya.
Hurmmm...aku juga tidak berdendam, cuma sedih hati namun terima sikapnya itu sebagai pengajaran sekali gus gigih memperbaiki kelemahan diri sendiri. Alhamdulillah, hingga ke post ini dibuat aku tak rasa rugi 'kehilangan' orang macam dia. Bagi aku, pasti ada hikmah di belakang hari. Aku percaya, sesungguhnya Allah tidak pernah mensia-siakan hambaNya.
No comments:
Post a Comment