.

Friday, September 6, 2013

Ralit bersama 'Psiko Pencuri Hati'...

Tadi kat office, beberapa teman yang 'kaki wayang' dok sebut-sebut pasal filem Psiko Pencuri Hati (PPH) arahan pelakon dan pengarah, Nam Ron. Sejak diwarwarkan dalam media, memang dah plan nak pergi tengok. So, blk kerja tadi terus menyimpang ke TGV Wangsa Walk (gigih tunggu waktu tayangan 1 jam sambil melepak hingga melepek hahaha)

Mungkin hari bekerja, so dalam perut panggung kurang ramai. Tapi, jumlahnya kategori memuaskan. Menonton adegan ke adegan, watak bertukar watak...PPH aku nilaikan sebagai 'berjaya' dalam sudut-sudut tertentu.

Mesejnya mungkin kurang komersial, tapi cukup ralit untuk dilayan (tidaklah 'beat' pun seperti yang dibayangkan teman-teman aku). So, buat Abang Nam Ron & seluruh team filem ini, tahniah daripada aku (dan nak 'tumpang' bangga jugak sebab senior aku waktu belajar di ASK a.k.a ASWARA ni hari demi hari semakin hebat...Alhamdulillah). Hasilnya tidak mengecewakan dan boleh diperbaiki lagi kalau kita (sebagai penonton karya Melayu) mahu memberi peluang dan ruang itu. Betul tak?

Ini Nam Ron...(hehehe), sumber gambar: Google
Oh khabarnya,  60 peratus daripada jalan cerita dalam filem ini ada kaitan dengan diri Nam Ron sebelum ini (makna kata...daripada pengalamannya sendirilah). Menurut beberapa sumber, dia pernah terfikir untuk terjun bangunan, melintas jalan dan membiarkan diri dilanggar kenderaan berat. Kemudian, seorang rakan telah menasihatinya supaya menzahirkan kesakitan dan pengalaman itu dalam bentuk karya. Maka PPH dihasilkan.

Oklah, cakap byk pun tak guna. Aku selitkan sikit sinopsis filem ini, "Maka tersebutlah kisah...Osidi (Bront Palarae), penulis novel misteri yang terlalu obses dengan karya terbarunya. Dia, telah dihantui  halusinasi mengenai pembunuh misteri yang  digambarkan di dalam novelnya menjadi realiti. Atas nasihat sahabatnya, Man (Amerul Affendi), Osidi pergi bercuti di sebuah pulau. Di situ Osidi bertemu Wani (Sharifah Amani), peminat kepada karya Osidi.

Sayangnya, keakraban mereka tidak disenangi suami Wani, Dr Khai (Syed Hussein) dan membawa kepada konflik mereka berterusan. Situasi menjadi lebih tegang apabila mayat isteri pemilik hotel, Siti (Shera Aiyob) di temui di pulau itu. Siapa pembunuh misteri itu...kenalah tengok kesudahannya di panggung berdekatan anda."

Serius, tontonlah Psiko Pencuri Hati ni...memang tak rugi. Sesekali tukar 'selera' apa salahnya 'kan! Aku sudah, Uolls?

No comments: